Penyanyi, Shila Amzah meminta seorang wanita yang dikenali sebagau Eiza untuk keluar daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Shila menerusi kenyataan di akaun Insta Story miliknya memaklumkan memberi tempoh kepada wanita berkenaan yang dipercayai teman wanita adiknya, Shafik sehingga Jumaat untuk beredar dari rumah tersebut.

Malah kata Shila, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita itu sekiranya masih berdegil.

“Assalamualaikum, teruntuk orang luar yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu, sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang. Sila keluar dengan kadar segera,” tegasnya.


Dalam pada itu, Shila juga turut memberi amaran kepada wanita berkenaan untuk tidak mengeluarlan sebarang kenyataan berkaitan dirinya dan juga keluarga di media sosial.

“Lagi satu, one more word about me and my family on your social media account.

“Saya akan hantar surat tuntutan (LOD) rasmi kepada awak. Sha dah pernah bagitahu melalui mak saya untuk meminta awak keluar sejak tahun lalu. Dia pindah masuk tanpa kebenaran saya,” maklumnya.

BACA: "Saya Akan Jumpa Emak, Itu Tetap Ibu Kita" - Shila Amzah

Sebelum ini, krisis dalaman keluarga Shila bermula selepas Syada membuat luahan mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.

Menjelaskan keadaan, nak sulung daripada empat bersaudara itu membuat balasan dalam sesi siaran langsung Instagram mendedahkan pelbagai perkara termasuk bekerja pada usia muda, selain pernah dikasari Syafiq.

Penyanyi itu turut memperincikan penjualan rumah banglo miliknya serta sikap sebenar Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka pula tampil yang menghangatkan lagi konflik terbuka keluarga.