Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan Mokhtar memohon agar content creator termasuk ustaz selebriti berhenti mengulas mengenai kontroversi yang dipercayai membabitkan rakannya, Da'i Syed.
Tegas PU Abu, tindakan bercerita atau memberikan komen berhubung situasi yang sedang hangat diperkatakan itu disifatkan akan menambah minyak dalam api.
"Peringatan buat kita bersama, kepada content creator dalam kalangan YouTuber ke influencer ke ustaz selebriti ke tak kiralah siapapun anda berhentilah ulas pasal apa yang berlaku dekat dia.
"Apapun niat anda, niat tak halalkan cara. Hakikatnya anda telah menambahkan minyak pada api yang marak.
"Aku juga pernah ada kisah yang dikaitkan dengan dia. Cuma sekarang bukanlah waktunya untuk reveal sebab tindakan pun dah berjalan.
"Cuma nasihat je sesiapa yang dah terkait untuk buat benda yang patut. Cukup. Tak perlu reveal.
"Dia sedang diuji, mungkin sampai waktu kita pula.," jelasnya.
Seru PU Abu agar melihat perspektif kebajikan yang dilakukan rakannya itu secara meluas dan tidak memperkatakan mengenai perkara negatif semata-mata.
"Untuk makluman, dia pun ada kebaikan dia juga, kerja-kerja dakwah dia pun masih dikira oleh Tuhan, dia turun Syria bantu rakyat sana masih Tuhan pandang, senang cerita kebaikan dia Allah akan ambil kira ketika di Padang Mahsyar.
"Kita ni yang tak tahu macam mana yang cari fame dengan ulas pasal orang. Bagi aku simple, kau tak diuji kau boleh sembang dekat media sosial. Tuhan buka aib kau, terciduk juga!" tambahnya.
Mengimbas kembali situasi yang mengaitkan namanya tahun lalu, kata PU Abu, dia belajar daripada kesilapannya.
"Demi Allah aku tak pernah mempertahankan apa yang telah aku buat setahun lepas. Malah aku menganggap kalau tak diuji dengan viral mungkin aku tak ambil pengajaran.
"Bila mengenangkan semula waktu viral, jangan kata ulas, perli, hina semua aku terima dari influencer, public figure, ustaz selebriti dan netizen.
"Sekarang aku faham semua manusia ada aib cuma Allah simpan aib kita," ujar PU Abu lagi.
PU Abu bertindak mengulas mengenai situasi terbabit apabila netizen mula membuat pelbagai andaian termasuk melabelkan segelintir pendakwah sebagai penunggang agama.
Amri Hassan
Sat Nov 28 2020
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.