“Dia Punya Ending Fuhhh, Terbaik 10/10” - Projek: Anchor SPM Trending, Penonton Tak Sabar Tunggu Episod 2 Isnin Depan!
Tayangan episod pertama drama bersiri premium Projek: Anchor SPM pada Isnin lalu masih menjadi perbualan penonton khususnya di platform Twitter.
Rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan episod pengenalan tersebut yang disifatkan sangat kemas.
Malah, ramai juga memuji konsep dan ‘vibe’ asrama sekolah yang banyak ditampilkan dalam drama terbitan Astro Originals itu.
Tidak kurang juga yang memuji aspek teknikal yang dikatakan standing drama Korea dan Thailand.
“Yes Astro keep movie forward, sinematografi cantik dan fresh”
“Kita perlukan produksi yang berkualiti macam Projek: Anchor SPM
“Taktau nak start macam mana, Projek: Anchor SPM sangat...sangat bagus”
“Pergh dia punya tergantung last2 tu, memang tak sabar la tunggu episod 2,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat antara reaksi mereka di bawah:
Untuk rekod, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Untuk pilihan alternatif, penonton juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.