,
Berita

“Dia Semakin Aktif, Boleh Bermain Serta…”- Ainul Mardhiah Kini Berusia 2 Tahun!

Syafiqah Jalal
14/08/2020
04:59 MYT
Bayi yang mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia tetang perjalanannya mengharungi ketumbuhan di dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun keduanya semalam.
Sempena ulang tahun kelahirannya itu, bapanya Ahmad Saifuddin menitip ucapan istimewa untuk anaknya yang tersayang.
“Isnin, 13 Aug 2018, 3.25pm @ Hospital Besar Melaka
“Alhamdulillah, banyak pengajaran, pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami, Ainul Mardhiah.
“Daripada tidak dikenali, sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang prihatin dan penuh kasih sayang terhadapnya.
“Alhamdulillah, kami tidak sangka dengan apa yang telah Ainul lalui pada usianya setahun yang lalu.
“Ternyata, puteri kami ini sangat kuat, cekal dan tabah orangnya. Mungkin lebih kuat dari kami dan juga orang yang berada disekelilingnya pada ketika itu,” katanya.
Saifuddin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Saifuddin turut memberitahu perkembahan positif Ainul yang semakin baik.
“Hari ini, boleh dikatakan ainul telah berjaya survive dari ketumbuhan yang pernah menyinggah sebentar dalam kehidupnya.
“Hari ini, Ainul membesar seperti seorang juara! Ainul bertambah aktif dan kelihatan sangat ceria.
“Ainul boleh bermain, boleh ketawa, boleh menangis dan Ainul dah reti menyakat orang disekeliling. Ainul menjadi penghibur duka lara kami dengan keletahnya.
“Terima kasih Allah swt. Terima kasih semua. Doakan Ainul membesar dengan sihat, doakan Ainul diberikan kesembuhan secara total.
“Doakan Ainul dapat membesar dengan baik, dan doakan juga supaya Ainul menjadi seseorang yang akan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain di masa akan datang.
Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di sebuah hospital di London.
Sejumlah 200 gram ketumbuhan berjaya dikeluarkan daripada mulutnya oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Isnin, 13 Aug 2018, 3.25pm @ Hospital Besar Melaka . Alhamdulillah, banyak pengajaran, pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami, Ainul Mardhiah. . Daripada tidak dikenali, sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang prihatin dan penuh kasih sayang terhadapnya. . Alhamdulillah, kami tidak sangka dengan apa yang telah Ainul lalui pada usianya setahun yang lalu. . Ternyata, puteri kami ini sangat kuat, cekal dan tabah orangnya. Mungkin lebih kuat dari kami dan juga orang yang berada disekelilingnya pada ketika itu. . Hari ini, boleh dikatakan ainul telah berjaya suvive dari ketumbuhan yang pernah menyinggah sebentar dalam kehidupnya. . Hari ini, Ainul membesar seperti seorang juara! Ainul bertambah aktif dan kelihatan sangat ceria. . Ainul boleh bermain, boleh ketawa, boleh menangis dan Ainul dah reti menyakat orang disekeliling. Ainul menjadi penghibur duka lara kami dengan keletahnya. . Terima kasih Allah swt. Terima kasih semua. Doakan Ainul membesar dengan sihat, doakan Ainul diberikan kesembuhan secara total, Doakan Ainul dapat membesar dengan baik, dan doakan juga supaya Ainul menjadi seseorang yang akan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain di masa akan datang. . Amin. . Happy Birthday Ainul Mardhiah Semoga Allah berkati kamu, Anak

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Terkini

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

gempak
13/09/2024
12:55 MYT
Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.
Hiburan

Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya – “Kuat Dan Tabah...”

gempak
13/09/2024
09:55 MYT
Aktres Nur Fazura menitipkan pesanan buat anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 3.