Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn berkongsi sikap suaminya yang wajar menjadi contoh pada semua orang.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn menjelaskan sikap yang ada pada Johan membuatkan suaminya berjaya sehingga ke hari ini.

"Semalam dia ajak dating berdua. Dia belanja kita pergi spa. Suweettt x? Ada masa bila dia sian dekat kita dia akan masak. Dia serba boleh, kelulusan tahan maki sebab dia ni bukan kaki gaduh.

"Korang cakap apa pun dia buat pekak telinga sebab tu dia tak layan cemuhan orang sebab dia tau apa dia buat dan sebab tu jugak dia berjaya.

"Kesabaran dia power bhaiiii! Dia pandai buat keje umah walaupun kadang kena petir dari aku dulu baru gerak. Eh dia dengan anak-anak sama naik tapi paling penting dia pandai semua benda.

"Jaga isteri, jaga anak, jaga abah, popo dengan mak. Pandai basuh baju guna tangan, pandai bersukan, pandai makan, pandai masak. Tak percaya cer tengok video belakang tuh dia masak.

Semlm dia ajak dating berdua.. dia belanja kita g spa.. suweettt x?? Ada masa bila dia sian kat kita dia akan masak.. dia serba boleh, kelulusan tahan maki..?? sb dia nih bkn kaki gaduh.. korg ckp apa pon dia buat pekak telinga. Sb tu dia x layan cemuhan org.. sb dia tau apa dia buat.. dan sb tu jugak dia berjaya.. sb keSABARan dia power bhaiiii!! Dia pandai buat keje umah walaupon kdg kena petir dr aku dulu baru gerak.. eh dia ngan anak2 sama naik.. tp paling penting dia pandai semua benda.. jaga isteri, jaga anak, jaga abah, popo dgn mak.. pandai basuh baju guna tgn, pandai bersukan, pandai makan.. pandai masak.. x caya cer tgk video blkg tuh dia masak.. tp tu sume bkn lah keutamaan aku nk bercerita pasal dia.. cerita utama nya semlm dia belanja aku g SPA, g beli EarPods tp TIME BAYAR GUNA KAD AKU.. ermmm dan aku turutkan.. mcm kena pukau la aku semlm siakkk!!! Skrg nih pls bg idea mcm mane nak dpt balik duit aku tuh... plsss guyssss help me???? #jaga2dgnorgmukabaiknih PLS SUBSCRIBE OUR YOUTUBE CHANNEL JOZLYNNHANANIA UTK TGK VIDEO MASAKAN PENOH DR PAPA JO

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


"Tapi tu sume bukanlah keutamaan aku nak bercerita pasal dia. Cerita utamanya semalam dia belanja aku pergi SPA, pergi beli EarPods tapi time bayar guna kad aku. Ermmm dan aku turutkan macam kena pukau la aku semalam siakkk! Sekarang nih please bagi idea macam mana nak dapat balik duit aku tuh. Please guys help me," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata, terhibur dengan kapsyen ditulis oleh Ozlynn dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.