Laman Utama
“Dia Tetap Bapa Kepada Anak Saya” - Isu Pukul Pengawal Keselamatan, Noor Nabila Tetap Sokong Sharnaaz Ahmad
Bekas isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, akui terkejut apabila mendengar berita pelakon tersebut yang baru-baru ini terpalit dengan kes memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominum.
Menurut Nabila, dia tetap menyokong Sharnaaz bapa kepada anak mereka Jebat Jayden.
"Ketika mendengar khabar itu, saya terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.
Advertisement
"Mengenai kes yang sedang berlangsung, saya tak nak komen lebih atau ulas lanjut sebab ia membabitkan siasatan polis.
"Walau apa yang jadi, Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami, Jebat Jayden. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak," katanya.
Nabila ditemui di majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.
Kakak kepada Neelofa itu mendedahkan Sharnaaz menitiskan air mata apabila bertemu dengan anak selepas tiga hari direman.
"Sharnaaz hantar video dia bertemu Jayden kepada saya selepas kes itu. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apa pun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.
"Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan itu saya tak boleh nafikan," katanya.
Terdahulu, pelakon itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.
Sharnaaz yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa.
Must-Watch Video