Bagi penggemar filem dari seberang, sudah pasti naskhah berjudul Sayap Sayap Patah menjadi antara karya yang paling ditunggu-tunggu tayangannya di Malaysia.

Selain diterajui oleh nama-nama besar, filem ini menjadi sorotan ramai kerana digarap berdasarkan tragedi Rusuhan Mako Brimob Depok yang berlaku di Cimanggis, Depok, Jawa Barat, Indonesia.

Berikut merupakan lima sebab kenapa anda perlu menonton Sayap Sayap Patah yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 13 Oktober depan.

Tokoh pelakon mantap

Sayap Sayap Patah didukung oleh dua pemain filem popular Indonesia, Nicholas Saputra dan Ariel Tatum. Menerusi filem ini, masing-masing memegang watak sebagai suami isteri bernama Aji dan Nani.

Kisah Rusuhan Mako Brimob Depok dijadikan sebagai subjek utama, dengan memasukkan elemen kisah hubungan rumah tangga antara Aji dan Nani yang sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka.

Tiada efek CGI

Menurut produser Denny Siregar, filem Sayap Sayap Patah menelan belanja yang agak besar. Sungguhpun tidak mendedahkan berapa jumlah yang dibelanjakan, Denny memberitahu yang ia dapat ditafsirkan menerusi filem itu sendiri.

“Letupan dalam filem ini dibikin sendiri, tanpa efek CGI. Balai polis yang dijadikan lokasi penggambaran juga merupakan balai polis sebenar. Jadi, kami perlu membaiki semula balai polis berkenaan selepas dirosakkan sepanjang penggambaran filem ini berlangsung,” katanya pada majlis tayangan perdana Sayap Sayap Patah di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.

Susah dapat izin

Menurut Denny lagi, agak sukar untuk mendapatkan keizinan daripada pihak kerajaan Indonesia untuk membikin filem ini.

“Susah untuk mendapatkan izin bagi membikin filem Sayap Sayap Patah. Hal ini kerana, kejadian yang diadaptasi itu merupakan kejadian yang memalukan buat badan kepolisian di Indonesia,” katanya.

Antagonis

Pemilihan pelakon dijalankan oleh casting director kami dan ternyata dia berjaya membariskan aktor-aktor hebat seperti Nicholas Saputra dan Ariel Tatum. Kemudian, pelakon pertama yang saya cari ialah siapa yang akan bertanggungjawab untuk memegang watak pengganas. Dan apabila saya bertemu dengan Iwa K, saya yakin dia mampu untuk menjayakan watak pengganas dalam filem ini dengan baik.

Sinopsis


Aji, lakonan Nicholas Saputra dan Nani (Ariel Tatum) merupakan sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Kebahagiaan mereka semakin lengkap apabila Nani hamil. Seiring waktu berjalan, kandungan Nani semakin membesar. Namun, Aji tidak boleh kerap menemani Nani karana pekerjaannya sebagai anggota polis yang sentiasa sibuk.

Konflik tercetus apabila penjenayah yang ditahan di lokap atas jenayah terorrorism berjaya melepaskan diri dan mencetuskan rusuhan yang besar.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!