Laman Utama

Diam Diam, Naomi Campbell Lahirkan Anak Pada Usia 50 Tahun

gempak
Maliah Surip
19/05/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Diam Diam, Naomi Campbell Lahirkan Anak Pada Usia 50 Tahun
Supermodel Naomi Campbell mengumumkan dirinya rasmi bergelar seorang ibu buat pertama kali pada usia 50 tahun.
Pengumuman itu disampaikan Campbell melalui sekeping foto tangannya memegang kaki bayi perempuan melalui platform media sosial Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.
"Seorang bayi cantik telah merestui saya menjadi ibunya.
"Saya berasa sangat bertuah untuk memiliki si kecil ini dalam hidup saya. Tak ada perkataan yang boleh diluahkan apabila menerima seorang bidadari yang akan menemani kehidupan saya. Ini adalah cinta terhebat," tulis Campbell.
Bagaimanapun Campbell tidak memberi butiran lanjut mengenai bayi tersebut termasuk tarikh dilahirkan dan namanya.
Khabar gembira itu disambut penuh bahagia oleh para sahabat, selebriti dan pengikutnya yang memberi ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan mereka.
Ibunya, Valerie Morris-Campbell juga telah meninggalkan komen tanda bersyukur di atas kelahiran bayi tersebut.
"Saya gembira dengan khabar Naomi telah selamat melahirkan anak perempuannya. Saya sangat teruja kerana telah lama menunggu peluang menjadi seorang nenek," tulisnya.
Campbell yang memulakan karier di pentas peragaan pada tahun 1986 pernah mengaku dirinya ingin memiliki anak yang disifatkan akan melengkapi kehidupannya.
"Saya mahu memiliki anak kerana sangat menggemari kanak kanak. Apabila saya bersama kanak kanak, saya sendiri seperti menjadi sebahagian daripada mereka. Itulah hal yang tidak mahu saya lepaskan," kata Campbell pada sekitar tahun 2018 seperti dilaporkan The Guardian.
Instagram: @naomi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024