Bermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah ini telah mula dipertontonkan kepda umum dan rata-rata penonton merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga.

Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa.

Berikut merupakan sebab mengapa anda WAJIB menonton siri-siri ini, menurut pandangan Diana Amir:

1. Dengan adanya sarikata Bahasa Melayu dalam siri ini, penonton secara tidak langsung dapat membelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan (Diana juga sedang dalam proses mempelajari Bahasa Arab).

2. Visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita selain usaha pembacaan sendiri.Terdapat banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengahkan.
Contohnya: Mengapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di kepalanya

3. Siri ini mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaimana ayat 21 Surah Al-Ahzab “Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik”

4. Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahuai perjalanan sirah Nabi ini, secara tidak langsung kecintaan kepada Nabi dapat dipupuk dari peringkat kanak-kanak lagi.

Sementara itu, Fara Fauzana turut menyokong pandangan Diana dan mengakui siri animas terbabit sesuai bukan hanya untuk kanak-kanak bahkan golongan dewasa.

"Kalau kita menonton siri animasi Nabi-Nabi ini, dari sudut video animasi dan penceritaan, bukan sahaja sesuai untuk anak-anak kecil tetapi juga untuk orang dewasa. Memang akan layan habis dengan setiap episod yang dipertontonkan.

"Setiap kali kita menonton siri animasi ini, kita akan sentiasa tidak sabar untuk melihat episod seterusnya.

"Kita akan teringat balik apa yang pernah kita baca. Untuk sesetengah orang, bila mahu kembali membaca balik, ada yang malas. Jadi melalui siri ini, kita akan terimbas kembali apa yang pernah dibaca," ujarnya.

Akan datang, bakal dipertontonkan di Nurflix; siri tentang Nabi Adam AS (hujung Ogos), Nabi Nuh AS (hujung Ogos), Khalilullah: Nabi Ibrahim AS (pertengahan September), Nabi Yusuf AS (pertengahan September) dan Nabi Sulaiman AS (Oktober).

Tentang Siri Animasi Habibullah:

Siri animasi HABIBULLAH ini merupakan kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang akan membawa kita menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburkan.

Bahagian pertama kisah ini bermula dari period sebelum kelahirannya Nabi Muhammad saw, kemudian kelahiran dan asuhannya, kemudian ramalannya dan isyarat Mekah, kemudian hijrah ke Madinah , dan kemudian peristiwa hingga pertempuran Badar terakhir.

Siri ini memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah saw di mana naskhah ini bertujuan untuk menyampaikan risalah sebenar tentang mengapa Baginda diangkat sebagai Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala Nabi

Tentang Siri animasi Kalimullah:

Peristiwa bahagian pertama dari siri ini berkisar pada kisah hidup Nabi Musa AS, yang disebut ‘Speech of God’.

Rentetan siri ini dimulai sebelum kelahiran Musa AS, mengetahui bagaimana Bani Israel sampai di tanah Mesir, kemudian peringkat setelah kelahiran dan kemudian asuhannya sehinggalah kepada peristiwa yang terjadi tempat antara Nabi Musa AS dan Firaun.