Pelakon popular, Diana Danielle memberi pesanan ringkas pada pemandu di negara ini agar lebih memahami peraturan ketika berada di jalan raya dan menjadi pengguna yang lebih berhemah.

Ujarnya, dia menyampaikan mesej tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, @dianadanielleb kepada pemandu di negara ini yang bersikap kurang ambil peduli.

"Apabila seseorang berada di depan anda dalam keadaan sangat perlahan, anda boleh memberikan lampu 'high beam' macam ini," katanya sambil membuatkan aksi dengan hashtag #lambatpickup.

Pesanan ringkas untuk pemandu kereta khasnya di negara ni. ?

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on


Begitu juga, Diana turut berpesan agar pemandu lebih peka untuk memberi lampu isyarat ketika mahu membelok ke kiri atau ke kanan.

"Salah kona," katanya sambil menyindir.

Aksi Diana bersama seorang rakan itu dalam video tersebut juga menarik perhatian netizen yang berkongsi dengan pelbagai komen.

"Byk kli tgk...kelakarrrr...hahahahaa," kata eilajohor_ej.

Teks oleh: Elrafaei Sapi