,
Laman Utama

Diana Danielle Dapat Hak Jagaan Penuh Anak, Segala Tuntutan Bersama Farid Kamil Diselesaikan Cara Baik

Syafiqah Jalal
21/08/2023
09:39 MYT
Pelakon Diana Danielle mendapat hak jagaan penuh terhadap dua orang anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Perincian tersebut diputuskan dalam prosiding tuntutan hadanah di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Zulfikri Yasoa pada petang Isnin.
Kata peguam mewakili Diana, Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader berkata Farid dan anak guamnya bersetuju dengan segala terma yang ditetapkan.
"Semuanya telah diselesaikan cara baik dan telah dijadikan terma-terma mahkamah dan dua-dua pihak bersetuju jadikan terma itu di antara mereka.
"Pada harini mereka hadir untuk hak jagaan anak-anak. Hak penjagaan dapat kepada ibu. Diana dapat jagaan penuh.
"Jadi hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik," katanya yang ditemui selepas prosiding berkenaan.
Selain itu Akberdin memberitahu segala tuntutan lain selepas perceraian mereka pada 10 Ogos lalu juga telah diselesaikan secara global dan sulit untuk didedahkan secara terbuka.
"Segala tuntutan termasuk yang lain-lain isu termasuk kes cerai sudah selesai dengan baik juga. Jadi tiada apa lagi.
"Lain-lain terma adalah sulit. Di bawah tu semua terma lain kita dah selesaikan secara global dan baik," ujarnya.
Sementara itu, Diana yang dilihat bergegas keluar dari prosiding berkenaan tidak mahu mengulas lanjut.
"Saya tiada apa nak cakap mengenai prosiding hari ini. Benda yang sama sahaja.
"Pihak peguam saya sahaja yang akan kongsi semuanya," katanya dan berlalu pergi.
Terdahulu Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon filem Anwar itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.
Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8
BACA SINI: Farid Kamil Tak Hadir Ke Mahkamah, Ceraikan Diana Danielle Menerusi Google Meet
BACA SINI: Lagu Baharu Diana Danielle Bukan Ditujukan Untuk Farid Kamil - “Bukan Cara Saya Guna Hal Peribadi…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Unitar