Hiburan

Dianggap Dominan Dalam Rumah Tangga, Kak KM Ada Cara Jaga Rumah Tangga Sendiri - "Hanya Kita Saja Yang Tahu..."

gempak
Ernalisa
03/12/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Dianggap Dominan Dalam Rumah Tangga, Kak KM Ada Cara Jaga Rumah Tangga Sendiri - "Hanya Kita Saja Yang Tahu..."
Usahawan kontroversi Kak KM tidak peduli apabila ramai yang melabelkan suaminya sebagai seorang yang 'takut bini' selain menyifatkan Kak KM dominan dalam rumah tangga.

BERITA BERKAITAN:Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”

BERITA BERKAITAN:Kak KM Tampil Beri Penjelasan, Resit Makanan RM17,000 Bukan Miliknya - “Netizen Menggelupur Sangat, Tak Sangka Macam-Macam Andaian Orang Buat”

Sebaliknya, ibu anak empat ini lebih bersyukur memiliki suami yang bertoleransi dalam rumah tangga yang dibina bersama selama lebih dua dekad itu. "Baguslah takut bini, sekurangnya kita akan rasa suami kita pandai hormat kita. Sebab pada Kak KM ramai isteri dekat luar sana makan hati kerana perangai suami mereka sendiri. Jangan tipula!

"Itu yang netizen semua silap, suami Kak KM bukan takut bini tetapi dia pandai menghormati bini dia. Kak KM jarang nak makan hati dengan dia (suami) sebab perangai takut bini itu," selorohnya.

Memasuki bahtera rumah tangga hampir 23 tahun, usia itu tidak menjadikan Kak KM mendabik dada, sebaliknya dia juga mengakui ajal dan jodoh itu ketentuan Tuhan.
"Alhamdulillah pada Kak KM sendiri usia rumah tangga Kak KM bukan baharu. Terlalu lama, jadi kalau ada yang mengutuk suami Kak KM, Kak KM tak kecil hati pun.
"Kerana yang penting isi dalam rumah kita hanya kita sahaja yang tahu. Mungkin suami orang lain nampak tegas macam tak takut bini tetapi hakikatnya si isteri menderita dengan sikap suami sendiri.

"Jadi pada Kak KM biarlah orang nak cakap apa. Hidup Kak KM dengan kecaman memang macam isi dan kulit," katanya.

Kak KM memberitahu, seseorang suami perlu beralah dan mendengar cakap isteri masing-masing sekiranya mereka mahu mencapai keharmonian dalam hidup berumah tangga.
"Apa yang lebih penting ialah sifat sabar. Macam Kak KM sendiri pun ada pancaroba juga. Tetapi kita perlu sabar," ringkasnya.
Kak KM mendirikan rumah tangga bersama suami Razman Ramli pada 2002 kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila Razman, Faris Razman, Rania Razman dan Cinta Carissa Razman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024