Laman Utama

Dianggap ‘High Maintenance’ Punca Lelaki Sukar Dekati, Ini Jawapan Nadia Brian - “Saya Bukan Sejenis Yang Hanya…

gempak
Asyikin Mayudin
26/04/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Dianggap ‘High Maintenance’ Punca Lelaki Sukar Dekati, Ini Jawapan Nadia Brian - “Saya Bukan Sejenis Yang Hanya…
Pelakon jelita Nadia Brian mengakui kemungkinan lelaki sukar untuk mendekatinya disebabkan melihat dirinya seorang yang bekerjaya dan ‘high maintenance’.
Menurut Nadia, dia tidak kisah dengan tanggapan orang terhadapnya kerana dirinya tidak pernah bergantung harap dengan lelaki.
“Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau high maintenance. Pada mata mereka saya boleh buat segala perkara.
“Tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti. Mungkin itu persepsi mereka, jangan lah takut atau bagi alasan.
“Sebaliknya beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa,” kata Nadia.
Berkongsi mengenai kriteria lelaki idaman, Nadia memberitahu pasangannya perlu memahami kehidupannya bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga usahawan yang sibuk.
“Bercakap fasal kriteria, sudah pun dia seorang yang perlu memahami saya ini sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon tetapi seorang usahawan, dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk.
“Kalau lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya. Saya mengharapkan lelaki yang minat pada perniagaan supaya sama-sama boleh memberi motivasi dan bimbing dengan misi yang sama. Link kena sama.
“Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyayang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar boleh buat saya gelak dan tidak stress,” ujarnya.
Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun usia perkahwinan hanya kekal setahun apabila pasangan ini disahkan bercerai pada April 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live