,
Laman Utama

Diarahkan Oleh Khabir Bhatia & Menampilkan Bintang Bola Sepak Safee Sali Serta Tauke, Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Drama Bersiri PETRONAS ‘366’: Hari Ke-243!

Syafiqah Jalal
15/09/2022
01:11 MYT
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, PETRONAS yang cukup terkenal dengan iklan perayaan kembali dengan drama bersiri perayaan, PETRONAS ‘366’: Hari Ke-243.
Menariknya, karya kreatif ini mendapat sentuhan pengarah hebat Khabir Bhatia dan dalam masa yang sama menampilkan sukan bola sepak sebagai latar belakang cerita untuk episod lima drama bersiri ini. Drama bersiri sempena musim cintakan negara ini mengetengahkan semangat kemerdekaan dan kekuatan masyarakat Malaysia pelbagai bangsa dan latar belakang dalam mengharungi cabaran yang sukar.
Menariknya dalam masa yang sama telah dipaparkan oleh pemain pasukan bola sepak remaja di samping watak utama ‘366’.
PETRONAS ‘366’: Hari Ke-243 merupakan iklan versi drama bersiri yang wajib anda tonton sempena perayaan Hari Kebangsaan yang ke-65 dan Hari Malaysia.
Pengarah Hebat Khabir Bhatia
Nama Khabir Bhatia tidak asing lagi dalam dunia lakonan dan perfileman. Karyanya menerusi filem Sangkar berjaya menobatkannya sebagai Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Malaysia yang ke-31. Khabir diberi kepercayaan mengarahkan ketujuh-tujuh drama berisiri perayaan untuk PETRONAS ‘366’.
Khabir berjaya membawa cerita tema Hari Kebangsaan ini dalam satu dimensi berbeza dan menarik apabila mengangkat perpaduan sebagai kuasa yang kuat ke arah mencapai kemajuan, selain menampilkan bola sepak sebagai salah satu sukan yang paling menyatukan di Malaysia.
Buat pertama kali dalam siri ini, semua watak utama dalam drama ‘366’ dari episod pertama hingga ketujuh disatukan.
Cerita Yang Memberi Inspirasi
Plot cerita ini memberi inspirasi kerana ia berkisar tentang pasukan bola sepak remaja yang cuba bergelut dengan diri dan dalam masa yang sama mempunyai impian besar untuk memenangi perlawanan Pesta Bola Malaysia.
Mereka dibelenggu oleh ketakutan individu dan kepercayaan yang terhad. Dengan bantuan penyokong yang percaya kepada mereka, pasukan itu mampu mencapai impian mereka.
Episod kelima ini mempamerkan kekuatan individu yang bersatu untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat daripada diri mereka sendiri dan menampilkan sifat perhubungan yang sentiasa berkembang, baik romantis mahupun sebaliknya.
Semarak Perpaduan
Episod ini menyemarakkan semangat perpaduan dalam diri kita semua, untuk terus mengejar impian dan memacu kemajuan sebagai satu pasukan.
Tonton bagaimana Poji dan rakan-rakan berkumpul untuk menyokong Vikram, jurulatih bola sepak dan pemandu bas yang tidak dapat meneruskan latihan pasukannya kerana kecederaan akibat kemalangan dalam episod pertama 366.
Pelakon & Cameo
Selain Angeline Tan dan Azwan Kombos, penonton pasti kurang ‘familiar’ dengan wajah pelakon lain dalam drama bersiri ini seperti Azri Sabri, Lee Qi, Maheswaran Manikam dan ramai lagi.
Namun jangan disangkal bakat mereka kerana pelakon-pelakon ini dlihat berjaya membuat kisah dan jalan cerita ini nampak lancar dan menarik.
Selain itu, penonton pasti terruja apabila melihat penampilan cameo iaitu bintang bola sepak negara Safee Sali serta lagenda bola sepak negara iaitu Datuk Soh Chin Ann yang popular dengan panggilan Tauke. Tauke disenaraikan dalam FIFA Century Club sebagai pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa.
Secara ringkas, drama bersiri PETRONAS ‘366’: Hari Ke-243 mengisahkan tentang satu pasukan bola sepak remaja yang berjuang memenuhi impian mereka untuk bergelar juara menerusi pertandingan Pesta Bola Malaysia.
Namun tanpa diduga, jurulatih bola sepak pasukan itu iaitu Vikram yang juga seorang pemandu bas tercedera dalam kemalangan bas dari episod pertama, sehingga menyebabkan dia tidak dapat meneruskan latihan bersama pasukannya.
Bagaimanapun kemalangan yang menimpa Vikram tidak dijadikan alasan oleh pasukan untuk berpeluk tubuh. Malah watak Poji bersama rakan-rakannya tetap berusaha membantu serta menyokong Vikram bagi memastikan mereka menggapai impian bergelar juara.
Adakah pasukan ini dapat mencapai impian mereka? Saksikan drama bersiri secara eksklusif hanya di saluran Facebook dan YouTube PETRONAS.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.