Laman Utama
Dibandingkan Dengan Nabila Razali, Keisya Levronka Jawab: “Saya Pilih Untuk Bangkit”
Penyanyi Indonesia, Keisya Levronka tidak cepat melatah apabila dirinya dibandingkan dengan penyanyi, Nabila Razali.
Menurut Keisya, 19, dia memilih untuk bangkit dan memperbaiki dirinya selepas menerima kecaman daripada netizen.
“Setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Jadi tidak perlu membanding-banding orang.
“Saya ambil kritikan itu sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri menjadi lebih baik.
“Saya sedar saya masih belum bagus atau sehebat penyanyi yang lain. Banyak lagi kekurangan perlu diperbaiki dari segi teknik nyanyian.
“Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Saya terima kritikan walaupun kadang-kala ada komen yang menyakiti saya.
“Saya ambil sebagai kritikan itu sebagai pengajaran dan pilih untuk bangkit. Saya juga ada mengambil kelas untuk memantapkan lagi nyanyian saya,” katanya.
Keisya ditemui selepas sidang media mempromosikan lagu popularnya berjudul Tak Ingin Usai bertempat di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Rabu.
Mengulas mengenai lagunya, Keisya berkata dia juga tidak menyangka Tak Ingin Usai berjaya menambat hati pendengar di Malaysia.
“Saya rasa benar-benar bersyukur kerana sebelum lagu ini saya mempunyai tiga lagi lagu yang terdahulu namun sambutannya tidak sebegini.
“Bagi saya ini sungguh luar biasa, memang memberikan impak yang besar dalam kerjaya saya. Saya juga ingin berterima kasih atas sambutannya.
“Saya juga tak sangka ramai yang menjadikan lagu ini sebagai ‘cover version’. Terima kasih kerana menyukai lagu ini dan juga sokongan yang diberikan,”ujarnya.
Terdahulu, Nabila mendapat pujian netizen yang mengatakan nyanyiannya versi cover lebih baik berbanding penyanyi asal iaitu Keisya.
Untuk info, lagu Tak Ingin Usai ciptaan Mario Gerdadus Klau ini disukai ramai selepas menjadi tular di aplikasi TikTok.
Selain muziknya, lirik lagu Tak Ingin Usai ini juga menarik perhatian netizen.
Must-Watch Video