Berita

'Dibasuh' Gara-Gara Kongsi Gambar Kanak-Kanak Di Hospital, Ini Jawapan Chef Wan...

gempak
Kamaruddin Razal
13/11/2019
06:25 MYT
Sponsor Banner
'Dibasuh' Gara-Gara Kongsi Gambar Kanak-Kanak Di Hospital, Ini Jawapan Chef Wan...
Cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa terdapat pihak yang berasa kurang senang dengan tindakannya berkongsi gambar wajah pesakit kanak-kanak ketika membuat lawatan di wad Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun, Chef Wan menjelaskan tindakannya untuk berkongsi gambar pesakit di Instagram itu sudah dimaklumkan terlebih dulu kepada penjaga dan pihak hospital.
"Tak ada langsung teringat di hati nak gunakan anak-anak itu untuk menjadikan diri saya nampak baik atau glamor.
"Bahkan, apabila saya memberitahu sebahagian ibu bapa dan jururawat yang saya akan post gambar mereka, mereka teruja kerana saya akan kongsikan kesedihan dan kesunyian mereka di hospital," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Chef Wan meluahkan hal tersebut selepas terdapat individu yang menegur tindakannya itu yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap pesakit.
Begitupun, katanya, dia sedar, dalam setiap tindakan yang dilakukan pasti ada sahaja manusia yang akan cuba menghukum dan melihat sesuatu dari sudut negatif.
"Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada, akan ingat yang bukan-bukan.
"Tak boleh ke dia melihat apa yang kami cuba lakukan adalah satu bentuk kebaikan yang datang ikhlas daripada kami semua untuk memberi senyuman kepada mereka," tulisnya.
Terdahulu, Chef Wan mengadakan kunjungan selama empat jam ke wad kanak-kanak PPUKM bagi menghulurkan sumbangan yang diperoleh menerusi satu kutipan dana.
Morning...seorang follower sent me a DM last night kena lecture kononnya i should not post gambar2 anak2 yang sakit on IG not feeling sensitive to their need. Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada akan ingat yang bukan2. Why cant she see that what we are trying to do is an act of kindness yg datang ikhlas dari kami semua to put a smile on so many faces. Despite being busy we still raised fund, go out to purchased those toys, 4.5 jam setengah pushing the cart filled with toys, we had to skipped our lunch and ended almost 3.30pm dari 11 pagi talking to the kids at the wards, their parents, nurses and Drs. Isnt that an act of compassion and empathy. Tak ada langsung teringat di hati nak guna kan anak2 itu to make myself look good or glamour. Infact when i told some of the parent and nurses that i was going to post those photos everyone was excited that i am sharing their sad and lonely moment in the hospital. Jika kita tak mampu melakukan ini semua pun jangan la pandang serong pada kami. U see all the time on TV, social media dan print media VIP, Head of States or Celebrities make their appearances once a while in all this hospital untuk menceria kan pesakit 2 semua. We want to let others know that outside of that hospital there are also strangers that cared for this kids suffering and what their parent had to endured. Infact after semlm i even thought of coming back next trip to bring some fast food for this kids yg boleh makan or their parent, plan a cooking session or baking with this kids ke buat mini Pizza dan Cupcakes. Anything to make them smile again having gone through so much in life. By showing others what we do perhaps will also help other who want to contribute to all this NGO effort in the future for all hospitals in the country would be nice too. Please la saya tak gila all this cheap publicity to be famous pun. Allah can read my isi hati. Cant some people just be inspire more or thank ful instead of judging all the wrong things that their evil eyes need to see to puas kan hati mereka. Leave us alone. We are adult and can use our common sense and tiada niat2 lain melain kan to bring happiness!
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live