Berita

Dicekup Dengan Lelaki Bangla, Wanita Berstatus Isteri Orang Ini Pertahankan Skandalnya!

gempak
Rozaimi Zubaidi
11/07/2017
09:39 MYT
Sponsor Banner
Dicekup Dengan Lelaki Bangla, Wanita Berstatus Isteri Orang Ini Pertahankan Skandalnya!
Kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita ditangkap ketika bersama dengan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, wanita tersebut dilihat begitu marah dan mempertahankan lelaki warganegara bangladesh yang dicekup bersamanya.
Video yang berdurasi selama 1 minit 39 saat itu dikatakan berlaku di Taman Jubli, Alor Setar Kedah, dan telah ditonton lebih 10 ribu kali dan dikongsi lebih 6,000 oleh netizen.
Walaupun wanita terbabit masih bergelar isteri orang, namun dia masih lagi tetap mempertahankan skandalnya kerana melalui rakaman video wanita itu berkata bahawa lelaki terbabit tidak membawanya lari tetapi dia mengikutnya dengan rela hati.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan rasa geram dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu kerana dia telah berlaku curang dengan suaminya.
@Muhammad Farish Danial: "Perghh, tak tahu nak cakap ape. Aku dah pernah hadap hal seperti ini tetapi tak pernah pun rasa nak rakam atau viralkan.
@AzamRos: "Alahaii, malunya rasa kerana sekurang-kurangnya jaga nama keluarga dan anak-anak. Ini betul melalukan kerana kamu itu masih bergelar suami orang."
@Smile Boboi: "Nie sebab saya malas nak fikir pasal kawen. Nanti bila aku berpeluh-peluh cari duit, bini berpeluh-peluh dalam bilik. Rasa hinanya jadi perempuan ini, dah buat salah masih nak mengamuk.
@FJ Hamsani: "Penangan bangla. Bini orang pun dia boleh rembat. Wahai isteri, tak cium bau syurga kau curang dekat suami. Akhir zaman betul laa."
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024