Laman Utama

Dicop Penunggang Agama, Datuk Seri Vida Anggap ‘Sejadah Doa Makbul’ Telah Disalah Erti!

gempak
Hanafis Haris
04/08/2021
04:25 MYT
Sponsor Banner
Dicop Penunggang Agama, Datuk Seri Vida Anggap ‘Sejadah Doa Makbul’ Telah Disalah Erti!

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida akui menerima banyak kecaman gara-gara jualan sejadah baldu yang diberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’.

Menurut Vida, apa yang dilakukannya ketika ini sebenarnya telah disalah erti oleh kebanyakan netizen.

“Saya dicop penunggang agama. Dipersalah erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’.

“Saya mendapat banyak kecaman dari warganet dan netizen.

“Tapi Alhamdulillah masih ada yang bersama saya, terima kasih,” katanya.

Jelas Vida lagi, nama sejadah berkenaan sebenarnya diambil daripada kawasan Multazam, iaitu antara tempat doa cepat makbul.

“Inspirasi kawasan Multazam. Teringat doa di Multazam waktu pergi Umrah tahun tahun sebelum ini.

“Cara saya nak lepaskan rindu saya keluarkan sejadah yang diinspirasikan daripada pintu kaabah, Hajarul Aswad, Kiswah di Masjidil Haram,” katanya lagi.

Terdahulu, Vida menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia sengaja memilih nama ‘Sejadah Doa Makbul’ demi salah satu cara pemasaran.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live