gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dua Bulan Berada Di Tanah Suci, Zhiddin Aziz Tanam Impian Nikah Di Mekah - “Ketenangan Di Sana Membuatkan Saya…”
VIRAL
Pemuda Dituduh 'Jilat' Budak 9 Tahun
HIBURAN
Netizen Puji Alif Satar Didik Anak, Kagum 'Ali Berani Jadi ‘Pembantu’ Ketika Proses Penyembelihan - “Acik Pun Tak Tengok Sebab Takut Tau, Good Job”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Dicurangi Ahmad Dhani & Cerai, Maia Estianty Pesan Anak Sebelum Kahwin: “Jangan Sakiti Hati Perempuan”

gempak
Maliah Surip
07/06/2025
01:50 MYT
Sponsor Banner
Dicurangi Ahmad Dhani & Cerai, Maia Estianty Pesan Anak Sebelum Kahwin: “Jangan Sakiti Hati Perempuan”
Anak sulung hasil perkahwinan di antara Maia Estianty dengan Ahmad Dhani, Al Ghazali akan mengakhiri zaman bujang pertengahan Jun ini.
Al akan menjadi anak pertama pasangan yang telah bercerai itu menikah. Al akan berkahwin dengan tunangnya, Alyssa Daguise.
Sebagai seorang ibu, Maia mengaku tidak banyak memberi nasihat secara langsung kepada Al namun tetap menitip beberapa pesanan penting untuk menjadi pedoman apabila pelakon itu bergelar suami.
Menerusi temu bual dalam sebuah YouTube, Maia mengatakan hanya memberi pesanan ringkas kepada Al sewaktu awal bercinta dengan Alyssa.
“Saya cuma pesan jangan sakiti hati perempuan,” katanya seperti dilaporkan InsertLive.
Dan sebagai seorang wanita serta ibu yang pernah melalui episod hitam dalam pernikahan seperti dicurangi sebelum bercerai, Maia berharap agar Al dapat menjalankan tanggungjawab yang baik kepada pasangannya.
"Lelaki harus menafkahi dan bertanggung jawab pada pasanganmu. Kamu bakal cari duit buat anak dan isteri,” katanya lagi.
Malah dengan pengalaman hidup yang telah dilalui, Maia mengatakan perkahwinan tidak semuanya indah.
“Pernikahan itu seperti happy di awal, setelah masuk ke lautan itu ternyata ombaknya banyak," ujarnya bijak.
Maia diketahui tidak akan menghadiri majlis pernikahan Al dan Alyssa seperti mana Dhani akan menemani anaknya itu bersama isteri, Mulan Jameela.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Indonesia
#Ahmad Dhani
#Maia Estianty
#Pesan
#Al-Ghazali
Must-Watch Video