Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil menepis dakwaan anugerah Datuk Seri yang diterimanya palsu malah menunjukkan bukti gelaran yang diterimanya itu berstatus sah.

Menerusi laman sosial Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video foto ketika majlis penganugerahan tersebut untuk tatapan umum.

“Awak kata saya takde Datuk Seri? Sampai hati awak. Apa ni awak, gambar ni apa, masa saya berumur 30 tahun saya dapat Datuk Seri.

“Haa ni saya tunjuk dalam sistem. Dalam sistem ni tunjuk saya ada Datuk Seri. Cuma ejaan nama ada tertinggal satu F. Takpelah, saya tak nak besar-besarkan cerita ni,” ulas Aliff menerusi satu hantaran video.

Menerusi perkongsian itu lagi, Aliff turut berkongsi tangkap layar daripada laman sesawang Istiadat tertera anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S. A. P.) yang diterimanya pada tahun 2016 yang membawakan gelaran Datuk Seri.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan perkongsian Aliff.

Dalam pada itu, ada juga yang mengecam pelantun lagu Baby Sayang itu sebagai menunjuk-nunjuk pangkat.

“Tak kisah la dato ke dato sri, janji sukses. Makan pakai semua usaha sendiri,” tulis seorang wargamaya.

“Ni aku setuju sebab dah terbukti dalam sistem tunjuk sebab salah orang tu tak taip nama betul-betul. Ramai komen pulak dia riak pasal gelaran tu. Netizen yang persoalkan sebab tu dia buat video ni. Korang pun nak apa sebenarnya,” luah seorang wargamaya.

“Mantap jawapan. Takde nak meroyan. Yang penting perniagaan maju dengan cara yang betul,” ujar seorang wargamaya.

“Semua punca depa korek pasal suami Heliza. Pastu berjangkit tak payah la sibuk bab pangkat dato datuk ni. Lantak lahai,” komen seorang wargamaya,

“Takpelah datuk. Janji kaya. Ada banyak yang ada dato datin pun tapi duit takde,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada pengikutnya.