Laman Utama

Didakwa Hidup Menumpang Lesti Kejora, Rizky Billar: “Cakap Orang Tak Ada Otak!”

gempak
Maliah Surip
24/01/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Hidup Menumpang Lesti Kejora, Rizky Billar: “Cakap Orang Tak Ada Otak!”
Rizky Billar masih menerima kecaman demi kecaman dan kritikan daripada netizen selepas kisah dirinya memukul Lesti Kejora tersebar beberapa bulan lalu.
Bukan sahaja menerima kritikan kerana memukul isteri yang merupakan penyanyi dangdut popular itu, netizen kerap mencari kesalahan Rizky.
Ini termasuklah menyerang kehidupan peribadinya yang disifatkan sebagai sebuah ‘lakonan’ dan terdesak menonjolkan diri sebagai orang kaya.
Menurut pandangan netizen, kekayaan yang ditunjukkan seperti memiliki kediaman dan deretan kenderaan mewah bukanlah dimilikinya.
Geram dengan dakwaan netizen mengenai dirinya yang dikatakan menumpang hidup hasil kerja dan kekayaan Lesti, Rizky pun menyindir mereka.
“Ini percakapan paling tidak berotak sebenarnya. Singkirkan kebencian, gunakan akal sihat,” tulis Rizky dalam Insta Storynya seperti dilaporkan Insertlive.
Rizky yang sebelum ini berang kerana netizen mengutuk anak sulungnya sebagai ‘tidak elok’ juga meminta semua hatersnya berfikiran terbuka dan jangan suka mencari kesalahan orang.
“Mudah saja sebenarnya, kali membandingkan apa yang isteri saya ada sebelum dan selepas menikah. Cuma sayang tak ada yang cakap pakai logik,” sindirnya lagi.
Terdahulu, selepas insiden memukul Lesti, khalayak baru tahu kediaman mewah yang didiami pasangan selebriti itu adalah rumah sewa dan beberapa lagi kemewahan yang ditunjukkan hanya untuk konten.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024