Pempengaruh yang juga akan kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona tampil menjawab dakwaan segelintir wargamaya yang berpendapat kemasukannya sebagai pelatih industri di syarikat penerbangan popular AirAsia adalah kerana adanya ‘kabel’.
Seperti yang diketahui umum, datuk Leona iaitu Datuk Pahamin Abdul Rajab merupakan Pengasas Bersama serta bekas Pengerusi AirAsia Berhad.
Menurut Leona, dia menafikan dakwaan menggunakan ‘kabel’ untuk menjalani latihan industri di syarikat penerbangan tersebut.
“Saya beritahu datuk tentang latihan industri tersebut selepas saya dapat masuk,” ujarnya.
Leona menjawab dakwaan tersebut dengan satu hantaran video di laman TikToknya.
Difahamkan, Leona baru sahaja tiga hari memulakan latihan industri di syarikat penerbangan berkenaan dan banyak menghasilkan video-video TikTok untuk kegunaan laman sosial rasmi @airasiasuperapp.
das all i hv to say HAHAHAHAHA