Pelakon Azrel Ismail mengundang kecaman netizen di laman Twitter apabila membalas 'tweet' seorang pengguna yang memberikan komen terhadap mutu lakonannya dalam filem Pulang.

Menurut netizen yang menggunakan nama @nak_kena itu, Azrel telah gagal membawa watak dengan baik dalam filem terbabit

"Sedikit kacau ialah kemampuan Azrel Ismail yang membawa watak Omar, wajah seiras Remy Ishak adalah satu kelebihan, tapi tak mampu hayati emosi dan fahami watak itu merupakan kesilapan yang jelas terlihat.

"Bro, bicep besar dengan jambang macho tak cukup untuk layar perak kalau tak cukup 'study' dan serius belajar berlakon," tulis @nak_kena.

Tidak berdiam diri, Azrel membalas kritikan tersebut.

"Terima kasih, untuk pengetahuan, ini adalah komen negatif dan awak kaitkan dengan 'biceps' dan jambang saya? Mungkin awak mendapat pendidikan dari Orang Asli.

"Please support more local movie next ya. Wishing you good luck," balas Azrel.



Pada masa yang sama, Azrel turut membalas 'tweet' netizen lain yang menggelarkan dirinya sampah dengan turut memanggil netizen tersebut dengan gelaran sama.



Ekoran dari perkara itu, rata-rata netizen telah menyuarakan pelbagai pendapat terhadap Azrel dan kebanyakannya berbentuk kecaman.



Teks : Asraf Aided
Sumber : Twitter