Penyanyi Nadeera Zaini atau Nadeera enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan tercetusnya konflik antara dia dan bekas pengurus, sehingga menyebabkan hubungan profesional antara mereka terputus sebulan lalu.

Nadeera memberitahu, cukuplah sekadar pengesahan bahawa dirinya tidak lagi diuruskan oleh bekas pengurus, sebaliknya sudah kembali dikelolakan oleh pengurus pertama yang mula-mula bekerja dengannya.

Berita Trending: Lelaki Dipercayai Mabuk Maut Gara-Gara Leher Tersepit Di Pintu ‘Shutter’ Bank

“Sebab kenapa, saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana ia satu hal yang merumitkan. Mana yang tahu, tahu lah, yang tak tahu, teruskan tak tahu.

"Tapi saya bersyukur kerana berpeluang memiliki manager seperti dia sebelum,” kata Nadeera kepada Gempak.

Nadeera menambah, sebarang urusan mengenai kerjaya boleh melalui pengurus lamanya, Acap Salim.

“Sekarang ini saya bersambung semula dengan manager saya yang lama. Kepada anda yang nak contact saya sebelum ini atau selama ni tak dapat ke boleh contact Acap Salim,” ujarnya.