Laman Utama

Didakwa Renovate ‘Sambung’ Rumah Tanpa Kebenaran, Kediaman Kos Rendah Ini Tarik Perhatian Netizen - “Ini Rare…”

gempak
Izwan Isa
26/05/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Renovate ‘Sambung’ Rumah Tanpa Kebenaran, Kediaman Kos Rendah Ini Tarik Perhatian Netizen - “Ini Rare…”
Baru-baru ini, viral di media sosial berkenaan dengan sebuah rumah kos rendah jenis flat yang didakwa diubah suai secara haram.
Hal ini kerana, kediaman tersebut dipercayai sebuah unit di tingkat kedua dan ubah suai dan bagaimana ubah suai tersebut berjaya dilakukan telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
“Ini rare. Biasa orang kawasan rumah flat ni, tingkat bawah je curi tanah renovate sambung rumah. Ni siap rumah yang tingkat dua pun sambung rumah jugak. Ini B40 kayangan tuan-tuan, pemikiran luar kotak,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata memberikan pendapat dengan tidak menyokong penduduk rumah kos rendah yang mengubah suai kediaman mereka sesuka hati.
“Biasa ade job area sini, pendapat aku, kalau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) nak ambil tindakan pasal isu-isu macam ni, memang kena buat dekat semua jenis rumah area situ. Majoriti buat renovation macam ni. Bukan PBT tak tahu, tapi memang masak kalau nak buat ops, kena adil kat semua.”
“Kalau jiran dia tak bising takda isu pun sebenarnya. Jangan ada komplen dekat majlis je, memang terang-terang dah langgar. Silap hari bulan kena roboh.. termenung la jawabnya. Korang yang tengok tu rilek-rilek ajelah, bukan jiran tetangga korang pun.”
“Kalau kat luar negara memang dah lama kena saman owner rumah. Siap dirobohkan sekali extended building tu. Takkan takda orang yang nak tolong laporkan kepada Majlis Perbandaran.”
Begitupun, ada yang menjelaskan rumah tersebut telah mendapatkan kebenaran untuk ubah usai, asalkan tidak mengganggu saluran longkang.
“Siapa yang duduk sini je tahu, semua rumah bawah dah dapat kebenaran renovation, luaskan bawah janji tak tutup saluran longkang. Rumah tu anak-beranak, tak kisah lah buat. Rezeki masing-masing,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024