TERKINI
Didakwa Sedang Hangat Bercinta, Hisyam Hamid Tampil Jelaskan Status Hubungan Dengan Penerbit - “Apa Yang Boleh…”
Pelakon Hisyam Hamid menafikan dakwaan dirinya sedang hangat bercinta dengan seorang penerbit dari sebuah syarikat produksi.
Menurut Hisyam Hamid, atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, hubungannya dengan wanita tersebut hanyalah sekadar kawan.
“Macam-macam saya dengar. Ada yang kata penerbit, ada yang kata pelakon, dan macam-macam lagi. Saya rasa itu adalah perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang.
“Sebab kalau dulu, saya akan bawa isteri saya, tetapi sekarang saya tidak boleh bawa sesiapa. Kalau ada pun, hanyalah pengurus peribadi sahaja.
“Mungkin bila orang tengok saya rapat dengan seseorang, mereka mula membuat andaian. Sebab itulah sekarang saya lebih berhati-hati walaupun tiada apa-apa pun. Apa yang boleh saya katakan adalah, hubungan saya dengan penerbit itu tidak benar,” katanya kepada Gempak.
Hisyam Hamid berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran UNIFI TV Originals yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selesa dengan kehidupan baharu
Disebabkan terlalu selesa dengan kehidupannya sebagai seorang duda, aktor yang terkenal menerusi drama Andai Tiada Dia itu mengakui lebih gembira menghabiskan masa bersama anak-anaknya.
Bagaimanapun, Hisyam tidak menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya bertemu jodoh kelak.
“Saya sangat selesa dengan kehidupan saya bersama anak-anak. Mereka sendiri cakap tidak mahu ‘mak baru’. Saya gembira dengan keadaan sekarang yang jauh lebih baik berbanding setahun yang lalu.
“Soal jodoh, saya serahkan pada takdir. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tidak, saya tetap bersyukur. Saya okay dengan kedua-duanya,” jelasnya.
BERITA BERKAITAN: Penuh Emosi, Hisyam Hamid Belanja Nyanyi Lagu Bukan Lagi Kita, Netizen Komen; "Sedap Suara Tapi..."
BERITA BERKAITAN: Hisyam Hamid Puas! Impian Berlakon Bersama Ummi Nazeera Tercapai - “Saya Pernah Cakap Yang…”
BERITA BERKAITAN: Buat Konten Dengan Anak Perempuan, Netizen Kagum Lihat Wajah Awet Muda Hisyam Hamid - “Macam Adik Beradik”
BERITA BERKAITAN: “Lelaki Lemah Sahaja Yang Akan Pukul Perempuan” - Hisyam Hamid
Terdahulu, pada Mei tahun lalu, Hisyam mengumumkan mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 18; dan Haydeen, 16.
Must-Watch Video