Pendakwah bebas, Ustaz Amirul Amin menjelaskan statusnya berhubung kahwin mahal bukan ditujukan kepada sesiapa.

Kata Amin, status yang ditulisnya di Twitter dan dimuat naik kemudiannya di Instagram itu bersifat umum.

"Posting saya semalam mungkin membuat netizen keliru.

"Seperti biasa saya akan post berkaitan nasihat nasihat agama dan sosial pada masyarakat di dalam IG saya.

"Saya tak tahu pula netizen ‘tag’ nama nama artis dalam ruangan komen," tulisnya di Instagram hari ini.

Amin turut memohon maaf sekiranya statusnya itu mengundang perasaan tidak puas hati individu tertentu.

"Saya minta maaf kalau ada siapa siapa terasa. Saya cakap general.

"Kebetulan dalam ceramah ceramah saya, kursus kahwin saya akan cakap benda yang sama seperti ini berulang kali.

"Hakikatnya saya tak kaitkan siapa siapa pon," tambahnya.

Posting saya semalam mungkin membuat netizen keliru . Seperti biasa saya akan post berkaitan nasihat nasihat agama dan sosial pada masyarakat di dalam IG saya . Saya tak tahu pula netizen ‘tag’ nama nama artis dalam ruangan komen.. . Saya minta maaf kalau ada siapa siapa terasa . Saya cakap general . Kebetulan dalam ceramah ceramah saya , kursus kahwin saya akan cakap benda yang sama seperti ini berulang kali . TQ pada Abg Sudyr Harian Metro sudi membantu saya menerangkan perkara sebenarnya.. . Hakikatnya saya tak kaitkan siapa siapa pon . Dekat ruangan komen FB Harian Metro habis saya kena kecam tau hahaha . ❤️? Jangan la marah .. Abam nasihat jewwwwww ??❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Sebelum ini Amin berpesan kepada pasangan pengantin agar mengadakan majlis perkahwinan mengikut kemampuan diri.

Malah, nasihat Amin, kehidupan ketika melayari bahtera rumah tangga lebih utama berbanding majlis mahal-mahal.