“Mak saya nak campak mana?”
Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut pengacara terkenal Yasmin Hani ketika ditanya mengenai spekulasi wargamaya yang mendakwa dia tinggal serumah dengan teman lelakinya, aktor Alif Hadi.
Jelas Hani atau nama sebenanrya Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, dia menetap bersama ibu dan pembantu rumah serta Alif sering hadir ke kediaman mereka untuk makan.
“Dia selalu datang rumah saya untuk makan. Kalau dia tak datang makan, sampai pembantu rumah pun kata ‘sunyilah Alif tak datang makan hari ni’, ‘ayam ni pastu habis kalau Alif ada’, sampai macam tu sekali.
“Kita kalau dalam keluarga ada orang yang macam tu, kita layan biasa je kan. Tapi kenapa tengok orang luar, bila boyfriend datang rumah, kita cakap dia tidur satu rumah. Kenapa? You kena tahu bawa diri, tahu mana salah mana betul, sama la macam kami juga.
“Bila ada orang cakap macam tu, saya sedih sebab betapa kolotnya manusia sekarang ni. Saya sampai cakap dengan Alif, macam mana kita ni ye, saya jenis tak peduli sebenarnya.
“Cuma saya tak mahu anak-anak nampak bila mereka dah besar. Tapi saya fikir balik, anak-anak tahu, Tok Mi ada, Kak Nor ada, saya ada, semua orang ada. Abang saya pun kerap datang rumah makan-makan, akhirnya saya ambil keputusan untuk biarkan sahaja. Saya tak peduli.
“Tak kan nak tunjuk mak saya ada, nak risaukan apa netizen akan cakap, lantakkanlah diorang. Saya jaga hal saya, saya fokus pada nak gembira dan waras,” ujarnya ketika ditemubual.
Yasmin Hani ditemui pada sidang media sebuah rancangan masakan yang bertempat di Sunway Geo, Petaling Jaya pada Rabu.
Tambah pelakon drama bersiri The Hotel itu lagi, dia tidak tergesa-gesa untuk ke jenjang pelamin berikutan mahu teman lelakinya bersedia sepenuhnya.
Malah, Hani turut menafikan desas-desus yang mendakwa dia dan Alif akan berkahwin dalam tempoh tahun ini juga.
“Nothing to rush sebenarnya, kalau bila dah selesa, waktunya sesuai, kita kahwin ni kena ikut waktu diri sendiri juga. Kita merancang tapi Tuhan menentukan. Tapi kita tak boleh nak lepas tangan sebab benda tu tak akan jadi juga walaupun jodoh.
“Kami belum ada perancangan yang serius sampai ke situ lagi, waktu pun macam belum lagi dan saya rasa sekarang kami selesa dengan berkawan. Tengok pula anak-anak memang sayangkan dia, apa-apa hal cari dia dulu.
“Tengoklah bila benda ni akan jadi, saya akan umumkan. Saya juga nak pastikan Alif betul-betul ready sebab saya ada cara tersendiri dalam menguruskan keluarga. Anak-anak pun ada bapak diorang, ini adalah proses yang panjang sebenarnya. Bukannya main suruh orang cepat-cepat kahwin,” jelas Hani lagi.
Azwa Rahman
Wed Oct 19 2022

![[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen [VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dia-sedut-juga-sikit-nafas-tu-lucu-lihat-harris-annuar-layan-isteri-mengidam-bau-simen.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen
Lucu bila Harris sakat isteri dia heheh.
.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah