Filem

Didakwa Tiru Karya Dari India, Ini Jawapan Pengarah Filem M4M4

gempak
Zulaikha Yusof
05/02/2020
02:12 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Tiru Karya Dari India, Ini Jawapan Pengarah Filem M4M4
Pengarah filem M4M4, Eyra Rahman menafikan dakwaan karya arahannya meniru filem India, Mom arahan Ravi Udyawar.
Jelas Eyra, dia sendiri tidak pernah menonton filem tersebut yang ditayangkan pada tahun 2017.
“M4M4 tak ada kaitan dengan filem Mom! Saya sendiri pun tak tengok filem itu.
"Jadi, tak timbul isu filem M4M4 meniru filem Mom," katanya kepada Gempak.
Eyra ditemui ketika majlis tayangan filem M4M4 di Mm Cineplexes, e@Curve, Mutiara Damansara.
Dalam pada itu, Eyra akui mungkin dakwaan terbabit timbul kerana ia mengisahkan mengenai seorang ibu dan anak.
"Mungkin ada persamaan dari segi kisah ibu yang membalas dendam untuk anaknya yang menjadi mangsa rogol.
"Namun, M4M4 mengisahkan mengenai konflik ibu dan anak kandungnya dan berbeza dengan Mom," ujarnya lagi.
Filem M4M4 ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nabila Huda, Bella Dowanna, Kodi Rasheed, Faizal Hussein, Eyra Hazali, Niezam Zaidi, Ungku Hariz, Izzy Reef dan ramai lagi.
Filem terbitan Da Motion Pictures ini akan ditayangkan mulai 6 Februari ini di 107 pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live