Laman Utama

Didi Berbulu, Nana Glow Up, Pak Atan Makin Kacak? Ini Evolusi Mereka Dalam Didi & Friends The Movie!

gempak
Syafiqah Jalal
21/02/2023
06:10 MYT
Sponsor Banner
Didi Berbulu, Nana Glow Up, Pak Atan Makin Kacak? Ini Evolusi Mereka Dalam Didi & Friends The Movie!
Animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie.
Berbeza dengan animasi sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian berkata Didi & Friends The Movie adalah sebuah filem unik dengan penceritaan penuh teladan serta cabaran aksi pengembaraan yang menampilkan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo dalam evolusi yang baharu.
"Filem ini amat berbeza sekali dengan siri televisyen yang pernah diterbitkan dari sudut ‘texturing’, ‘rigging’, ‘modelling’, animasi, warna tema dan lain-lain lagi.
“Jika lihat yang dulu memang agak simple dan tak ada tekstur seperti kesusahan yang kami hadapi kini. Ini kerana kali ini kami menampilkan watak utamanya Didi, Nana dan Jojo dengan kulit berbulu.
“Apabila sudah berbulu ini kesusahan dari segi teksnikal itu berbeza tetapi saya bangga dan gembira melihat hasilnya. Ia menjadikan ia lebih cantik dan nampak seperti hidup,” katanya kepada Gempak.
Selain watak utamanya yang berbulu, Nana juga dilihat semakin cantik atau ‘glow up’ dengan gaya yang lebih remaja.
Bukan sahaja mengenakan baju yang berbeza, malah rambut dan kepalanya juga disisir rapi serta diletakkan bunga menyerikan lagi watak Nana.
Watak Pak Atan sebagai orang utan juga mengikut evolusi berbeza dari mula awal kemunculan tidak berbaju dan kini bukan sahaja berbaju malah gayanya lebih matang dan semakin kacak.
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip.
Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee),Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra).
Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.
Dimuatkan juga lagu ‘Kembali Bersama’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut. Selain itu, watak baru yang lain juga dilihat dalam filem ini adalah Geng Torra - Sumbu, Spy-Ken, Geng Pangobots; Kesatria-Z – Ondok, Mitus, Galang, Zee, Hip, Tong, Blink dan Pod; Penduduk Muzika – Rakyat Muzika Lama, Orang Asal Manet, Rakyat Muzika Baharu. Uniknya, kesemua watak ini direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.
Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan- rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.
Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.
Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam- pawagam berhampiran mulai 23 Februari 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live