Sebuah posting mengenai padah yang terpaksa ditanggung jika seseorang itu tidak mengimbas kod QR MySejahtera ternyata membuatkan ramai terhibur.

Idea kreatif itu sehingga kini telah dikongsi lebih 6,000 kali menerusi platform Twitter.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, poster tersebut dipercayai telah disunting daripada ‘cover’ sebuah majalah seram terkenal.

Menariknya, tajuk atau ‘headline’ majalah itu mendakwa orang ramai yang tidak mengimbas MySejahtera akan diganggu jin semasa tidur.

“Diganggu bapa jin semasa tidur kerana selalu masuk kedai tanpa scan QR code,” tulis ‘majalah’ tersebut.

Biarpun dianggap tahyul oleh sesetengah pihak, namun rata-rata netizen menyambut baik idea berkenaan dan menganggapnya sebagai satu peringatan dan sindiran hebat kepada semua.

“Seram tapi bagus buat ramai beringat nak scan”.

“Cuak weh, baik scan cepat, kalau tak kena ganggu bapa jin”.

“Next level punya pesanan khidmat masyarakat ni, lain macam dia punya seram,” tulis beberapa netizen.



Sekadar info, MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk memantau penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperoleh maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Difahamkan, sehingga April lalu, aplikasi ini telah digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia.

BACA: MySejahtera Akan Papar Status Vaksinasi & Risiko Bermula Hari Ini - “Terima Kasih KJ Dengar Luahan Kami”