Laman Utama
Digelar Artis Sendu Kerana Jual Bahulu & Sate, Ayu Damit Tak Peduli! – “Yang Penting Saya Berusaha Cari Rezeki…”
Penyanyi Ayu Damit mengakui tidak terkesan apabila digelar ‘artis sendu’ oleh segelintir netizen kerana jarang muncul di kaca televisyen.
Ayu ketika ditemui Gempak berkata, kata-kata negative seperti itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya, malah ia menjadi motivasi untuk terus berjaya.
“Saya tak pernah peduli pun sebab orang yang selalu bercakap buruk tentang orang lain tu, tak ke mana pun.
Advertisement
“Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga, lebih bermakna daripada melayan cakap-cakap kosong orang,” katanya positif.
Tambah Ayu lagi, dia bersyukur kerana impiannya untuk membuka restoran tercapai dan mendapat sambutan orang ramai.
“Alhamdulillah, sejak Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa dibuka pada 12 Julai lalu, ia mendapat sambutan baik daripada pelanggan.
"Setiap hujung minggu pula pelanggan akan membuat tempahan untuk mengadakan majlis seperti majlis hari jadi dan ‘gathering’,” katanya.
Dalam pada itu, Ayu berkata rutin hariannya kini berubah kerana mempunyai masa untuk tidur selama tiga jam sahaja setiap hari.
“Ya, rutin harian saya berubah. Awal pagi saya bangun untuk uruskan anak ke sekolah terlebih dulu. Lepas tu saya balik ke rumah memasak kuih bahulu Borneo untuk dihantar ke beberapa buah kedai.
“Dalam masa sama saya siapkan juga bekalan sate untuk restoran saya di Bukit Antarabangsa. Pada malam hari saya akan berada di restoran pula,” katanya.
Ayu, selain menyanyi dia juga seorang peniaga dan pengusaha ladang cili yang uruskan suami.
“Perniagaan cili jeruk saya masih berjalan seperti biasa. Saya kena kerja keras sebab impian saya nak memiliki rumah sendiri sebelum usia 40 tahun,” katanya.
Must-Watch Video