Laman Utama
Dijangka Cerai Puteri Sarah Hari Ini, Syamsul Yusof Beri Bayangan...- "Mungkin Ada Berita Baik"
"Saya rasa mungkin ada berita baik," kata pengarah berkontroversi, Syamsul Yusof kepada Gempak sebaik tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding perceraian dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana pagi tadi.
Kata Syamsul yang memberi bayangan bakal berpisah dengan isteri pertamanya itu, mereka sudah berbincang untuk menyelesaikan dengan cara baik sejak seminggu yang lalu.
"Percubaan untuk menyelesaikan secara baik itu berlangsung seminggu dari minggu lepas.
"Insya-Allah ada jalan penyelesaian yang baik...
"Tapi saya rasa mungkin ada berita yang baik . Tak perlu suspens sebab dah berapa lama dah (proses perceraiannya).
"Saya dan sarah kami fikirkan sesuatu iaitu tentang anak-anak sahaja," ujarnya yang bergegas masuk untuk prosidingnya pada hari itu.
Terdahulu, hakim Syarie Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang sudah dibuat sebanyak dua kali oleh Syamsul.
Jika mahkamah mensabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bemakna permohonan cerai Puteri Sarah merupakan kali ketiga.
Walau bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan berkenaan dan tidak mengetahui dapatan laporan JKP berkenaan memandangkan ia dibuat secara berasingan.
Sebelum ini, pada 25 Mei lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) memaklumkan ikatan perkahwinan Sarah dan Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan kerana berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.
Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada Januari tahun ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas krisis rumah tangganya sejak empat tahun lalu.
Selain itu, dia juga enggan dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.
Must-Watch Video