,
Laman Utama

Dijangkiti COVID 19 Bersama 31 Ahli Keluarga, Ibu Mentua Meninggal, Azizan Osman: "Saya Hampir Maut"

Maliah Surip
28/01/2021
14:55 MYT
Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman mendedahkan dirinya telah dijangkiti COVID 19 dan hampir maut gara gara virus tersebut.
Pengakuan itu dituliskan Azizan panjang lebar dengan tajuk berbunyi, 'Covid hampir meragut nyawa saya!' pada siang hari ini.
Azizan juga memaklumkan seramai 31 ahli keluarganya ikut dijangkiti COVID 19. Dan paling menyedihkan apabila ibu mentuanya kembali ke Rahmatullah kerana penyakit yang sedang rakus menyerang dunia saat ini.
"Covid hampir meragut nyawa saya!
1.44pm, Jumaat 15 Jan 2021 - Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis!
"Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT. Dengan nama Allah Yang Maha berkuasa yang memiliki seluruh alam,Saya dan keluarga diuji dengan Virus Covid-19.
"31 ahli keluarga saya dijangkiti Covid dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah," tulisnya seperti dilihat oleh Gempak di laman sosial Facebooknya.
Mengaku tidak mudah untuk berkongsi kesedihan dan pengalaman yang disifatkan sebagai ngeri itu, namun Azizan mengatakan penting buatnya untuk berkongsi perjalanan pahit tersebut kepada semua yang kini tahu mengenai proses yang telah dilaluinya.
"7 Januari 2021, saya dan keluarga terdedah kepada individu yang positif Covid-19 dan saya sendiri dijangkiti. COVID IS REAL, THE STRUGGLE IS REAL, it’s a real fight kalau you ada pada simptom atau tahap yang teruk.
"Saya cuba untuk menangis ketika menulis ni tapi pada waktu itu Alhamdulillah saya ada keluarga saya, saya ada Mak saya... isteri saya, Datuk Jerry... you are an amazing friend.
"Pada waktu itu, saya fikirkan tentang anak didik saya, saya fikirkan Team RichWorks, saya fikirkan semua yang tak henti DM/PM saya sehingga hari ini... yang buatkan saya walaupun tahu tiada harapan, ia beri saya SEMANGAT. Semangat untuk hidup.
"Masa itulah SAAT penentu untuk pergi atau kekal... You tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan machine untuk terus survive dan fight dengan otak, emosi dan diri.
"Do you want to live? Do you want to fight? That was the moment," tulisnya panjang lebar.
Melihat kepada ujian yang telah dijalaninya, pengasas syarikat RichWorks International yangsaat ini difahamkan telah negatif dari COVID 19 berikrar untuk memperbetulkan banyak hal dengan peluang kedua yang Allah berikan kepadanya.
Hal itu termasuklah untuk membantu banyak orang yang saat ini sangat kritikal dan terkesan dengan pandemik COVID 19.
"Dan In sha Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya, peluang kedua ni bukan sekadar suka-suka. Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ni untuk saya buat segalanya dengan lebih baik.
"Melihat bagaimana pandemik ini begitu kritikal hingga ada yang tekad bunuh diri, Seorang ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak. Ada yang mencari rezeki di tempat sampah,
"Kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan bisnes. Tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa.
"Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya," luah Azizan.
Facebook: Azizan Osman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Viral

Padah Nak Meraih Populariti, Lelaki Ini Maut Digigit Ular Tedung Selepas Letak Dalam Mulut

gempak
09/09/2024
13:55 MYT
Mangsa yang dikenali sebagai Shivraj itu dikhabarkan telah cuba memasukkan ular tedung tersebut di dalam mulutnya.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.