Pelakon Zahirah MacWilson antara selebriti tempatan yang dijemput menyertai acara pelancaran butik Tiffany And Co baharu di lokasi berprestij, 727 Fifth Avenue, New York City.

Apa yang lagi menarik adalah perkongsian foto Zahirah bersama pelakon terkenal antarabangsa iaitu Gal Gadot yang turut hadir di acara sama.

Rata-rata netizen memuji kecantikan Zahirah yang dikatakan jauh lebih jelita daripada pelakon yang memegang watak sebagai Wonder Women.

“Zahirah much more prettier daripada Gal Gadot.

“How come you’re prettier than Gal Gadot?

“OMG! You both looks like twins!” komen beberapa netizen.

Bukan hanya Zahirah sahaja, pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Meerqeen juga menghadiri acara tersebut dan turut mempunyai foto bersama Gal Gadot.

Selain itu, beberapa nama antarabangsa lain yang juga memeriahkan acara pelancaran tersebut ialah pelakon sensasi Thailand, Win Metawin; Henry Lau dan Anne Curtis.