Pelakon Zul Ariffin mengakui bukan kali pertama peminat menjodohkannya dengan heroin gandingannya dalam drama lakonannya.
Kata Zul, fenomena yang sedang berlaku antara dia dan Neelofa hingga wujud hashtag #Zulofa pernah berlaku ketika dia berlakon bersama Ayda Jebat (M.A.I.D & Rindu Awak 200%) dan Farah Nabilah (Titian Cinta).
Baca: Guna Hashtag #Zulofa, Peminat Tak Sabar Mahu Lihat Zul Ariffin Bercinta Dengan Neelofa
Baca: Foto Mesra #ZuLofa Cetus Perdebatan
"Sejak awal penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari lagi sudah ada yang mula mencipta hashtag #Zulofa dan saya tidak terkejut pun.
"Ini bukan kali pertama terjadi antara saya dan pelakon yang digandingkan bersama.
"Namun, apa yang boleh saya katakan bukan saya yang mengawal peminat kerana tugas saya hanya berlakon dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin," katanya kepada Astro Gempak.
Zul ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugera MeleTOP Era (AME2018) di Timbre, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelakon itu tercalon dalam tiga kategori iaitu Bintang Filem MeleTOP (J Revolusi & Tombiruo), Pelakon TV MeleTOP dan Drama MeleTOP.
Sepanjang penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari bersama Neelofa, Zul menegaskan kontroversi yang berlaku tidak menjejaskan tugasnya.
"Saya fokus kerja saya, selepas habis penggambaran 16 hari masing-masing balik buat hal sendiri.
"Apabila sudah hampir bersiaran saya akan kembali menjalankan tugas untuk mempromosi dan sebagainya.
"Itu sahaja ruang kerja saya, tidak lebih daripada itu," tambah Zul.
Terdahulu, timbul perdebatan antara netizen yang menyelar tindakan Zul dan Neelofa yang berpelukan dalam salah satu adegan drama arahan Michael Ang itu.
Menerusi naskah adaptasi novel karya Suri Ryana itu, drama bersiri itu turut dibintangi oleh Scha Alyahya, Elvina Mohamad, Fahad Iman, Sharifah Shahora, Raja Afiq dan ramai lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @zul_ariffin
Amri Hassan
Thu Mar 08 2018
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.
"Silence Is Golden" - Ruhainies
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi sepotong ayat di Instagram Storiesnya seolah-olah memberikan respons terhadap kemelut yang menjerat dirinya ketika ini.
Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Ajai Tak Peduli Orang Maki, Jujur Mengkritik Lebih Penting? | No Filter - EP04
"Siapa tak kenal kelantangan Ajai kalau bagi komen dekat peserta pertandingan nyanyian? Uishhh! Pedih! Tapi ada sebabnya?
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.