Laman Utama

Dijual Semurah RM49, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Koleksi ‘Summer To Remember’ Nurin Afiqah

gempak
Asyikin Mayudin
29/07/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Dijual Semurah RM49, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Koleksi ‘Summer To Remember’ Nurin Afiqah
Tampil dengan koleksi ‘Summer To Remember’, pempengaruh dan pelakon Nurin Afiqah mengambil inspirasi daripada bunga mekar musim panas ketika dia melancong ke Eropah.
Menjadikan ia satu momen bermakna, Nurin memberitahu koleksi terbaharu jenamanya NADA itu memberi inspirasi kepadanya untuk berkongsi dengan lebih ramai wanita.
Ini 4 perkara menarik tentang koleksi Summer to Remember; 1. Rangkuman pengalaman Nurin ketika melancong ke Eropoh
2. Koleksi musim panas sempena hari lahir Nurin pada Julai
3. Tiga jenis material yang sesuai dengan cuaca Malaysia;
  • Denim
  • Pleated floral
  • Cotton
4. Harga mampu milik bermula RM49 hingga Rm249 sahaja
Majlis pelancaran Summer To Remember juga telah diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, pempengaruh berusia 27 tahun itu turut memberi bayangan bakal membuka butiknya sendiri namun semuanya masih dalam perancangan.
“Buat masa ini kami hanya ada showroom, namun matlamat saya mahu membuka butik sendiri pada tahun depan, mungkin di Bangsar.
“Dan dalam bulan Ogos, kami akan membuka pop-up store di KLCC. Daripada segi harga juga ia berbaloi dengan kualiti kain yang digunakan,” tuturnya.
BACA SINI: [VIDEO] Telan 6 Jenis Pil Kecantikan Sekaligus, Netizen Nasihatkan Influencer Terkenal; “Tak Sayang Buah Pinggang Ke?”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024