Seorang pengguna TikTok viral di media sosial apabila memuat naik sebuah video yang mempersoalkan siapa pencipta Tuhan.

Menerusi video yang dimuat naik, pemilik akaun berkenaan menulis: “Manusia bermula dengan Nabi Adam dan Hawa sebab Allah yang cipta, tapi Allah pulak siapa yang cipta Dia?” tulisnya.

Tangkap layar video berkenaan dikongsi netizen di laman Twitter dan rata-rata memberikan respons negatif dan mengkritik kandungan yang diterbitkan oleh tuan empunya badan.

“Demi views dan likes, sanggup ya buat content macam ni,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Ini adalah contoh orang yang hidup berpaksikan sains, dan tidak beriman pada perkara ghaib,” respons seorang netizen pula.

Dalam pada itu, seorang individu berkata yang tindakan TikToker berkenaan boleh menyebabkan jatuhnya murtad.

“Boleh jatuh murtad. Sebab tak percaya pada kewujudan Allah yang tiada awal dan akhir. Lam yalid wa lam yuulad. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan (Al-Ikhlas ayat ke 3). Tidak percaya kepada rukun iman iaitu beriman kepada Allah, dan rukun (Islam) iaitu mengucap dua kalimah syahadah,” tulisnya.

Tidak berapa lama selepas videonya viral, pemilik akaun berkenaan tampil memohon maaf. Dia juga memberitahu yang video berkenaan dibuat untuk bertanya sahaja.

“Saya tahu Allah itu Maha Berkuasa, Maha Esa, Zat Yang Satu… saya tahu. Kita dah belajar benda tu dari zaman sekolah kan. Sebagai umat Islam, bukankah kita diajar untuk bertutur dengan baik?

“Bukan ke kita patut membimbing antara satu sama lain? Instead of jatuhkan, terus hukum dekat orang tu. Netizen pun satu cepat sangat viralkan content bodoh, lepastu marah orang bodoh ni famous.

“Tapi alhamdulillah, ada juga komen yang menasihati antara satu sama lain. Terima kasih.

Begitupun, menerusi ruangan komen, masih ada yang tidak berpuas hati dan menganggap pengguna TikTok itu play victim dan enggan mengaku kesalahan diri.

“Bang, TikTok ni ada function untuk delete video. Kalau dah terupload belum siap edit, boleh delete. Tapi… tu la,” tulis seorang wargamaya.