gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Loca B Kongsi Anak Tidak Mahu Ikut Jejak Jadi Penyanyi - “Dia Pernah Warning Kami”
HIBURAN
Bergelut Sebutan Bahasa Melayu, Kat Roshan; "Saya Dah Cuba Sedaya Upaya"
VIRAL
Duda Mengaku Salah Onani Tempat Umum, Dipenjara 6 Bulan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Dikecam Netizen Kerana Beri Wang Hantaran RM50,000 Sehingga Didakwa Kurang Prihatin Nasib Yazit, Ini Penjelasan Nasir Search

Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
09/05/2019
01:15 MYT
Sponsor Banner
Dikecam Netizen Kerana Beri Wang Hantaran RM50,000 Sehingga Didakwa Kurang Prihatin Nasib Yazit, Ini Penjelasan Nasir Search
Pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud meluahkan rasa kecewa dengan kecaman netizen terhadap tindakannya memberikan wang hantaran RM50,000 kepada isterinya, Noraziah Saadon berbanding keprihatinan terhadap nasib pemain dram mereka, Yazit Ahmad.
Menerusi laporan Harian Metro, Nasir menyifatkan perkahwinan merupakan perkara peribadi dan sesuatu yang berkaitan dengan tuntutan agama.
"Ia tidak boleh diambil sambil lewa. Saya bukan nak bermegah dengan wang hantaran, tetapi apabila bernikah dan ditanya perkara sebegini, kenalah dedahkan.
“Lagipun bukan saya yang umumkan perkara ini, tetapi kenyataan ini datang daripada Jabatan Agama Islam Johor. Kalau saya tidak cakap pun orang lain yang akan cakap,” katanya.
Nasir berkata, tindakan yang dilakukannya tidak perlu dikaitkan dengan isu Yazit kerana banyak cerita belakang tabir mengenai kebajikan dilakukan oleh anggota Search kepada Yazit, tidak diketahui ramai.
“Apa yang saya dan kawan lain buat sebelum ini, mendapatkan wang untuk Yazit tidak pernah didedahkan kepada umum.
“Contohnya, saya berusaha mendapatkan tuntutan royalti untuk anggota Search. Saya buat seorang diri dan lebih suka ‘low profile’, tahu-tahu duit dah sampai ke tangan semua anggota.
“Orang tidak tahu saya buat benda ini untuk Yazit. Kami buat tuntutan royalti, dia akan dapat juga. Kami tidak menafikan haknya,” katanya.
Menurutnya, biarpun bukan dia yang menyampaikan sumbangan itu secara terus, Yazit tetap merasa hasil yang diusahakan olehnya.
“Dia pasti akan dapat. Saya tidak berhenti untuk mengusahakan segala hak dan tuntutan atas nama Search. Kami dapat dan Yazit pun akan merasa.
“Mungkin ada sebab yang menjadikan isu ini tidak dihentikan. Ada beberapa pihak di luar sana yang menggunakan nama Yazit untuk buat kutipan dan persembahan amal.
“Jadi nampak macam kehidupan Yazit teruk dan amat memerlukan wang sedangkan Search sebenarnya ada cara tersendiri untuk bantu dia,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Kumpulan Search
#Nasir Daud
#Yazid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement