Laman Utama

Dikompaun RM5,000 Kerana Mahu Bersiar-Siar, Warga Emas Ini Rupa-Rupanya…

gempak
Hanafis Haris
07/05/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Dikompaun RM5,000 Kerana Mahu Bersiar-Siar, Warga Emas Ini Rupa-Rupanya…
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang warga emas telah dikompaun RM5,000 oleh pihak berkuasa.

Rata-rata netizen dilihat tidak berpuas hati apabila individu tersebut dikatakan hanya mahu bersiar-siar dan mengambil angin di luar rumahnya.

Namun, dakwaan netizen itu nampak gayanya sangat ‘terpesong’ kerana kompaun dikeluarkan selepas warga itu didapati memakai gelang merah jambu.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, warga emas berusia 73 tahun berkenaan dikenakan kompaun dalam operasi yang dilakukan antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang semalam.

“Alasan yang diberikan oleh Orang Kena Kompaun kerana keluar rumah setelah dikuarantin adalah kerana panas berada di rumah dan ingin bersiar-siar.

“Jadi alasan sebegini adalah sangat tidak munasabah dan boleh merebakkan jangkitan Covid-19 kepada umum sekiranya individu berkenaan didapati positif Covid-19,” katanya kepada Kosmo.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Kampung Sungai Klau itu dikenakan kompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2020) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.

“Selain itu pada itu, dua lagi individu berusia 52 dan 69 tahun turut dikenakan kompaun masing-masing RM2,000 kerana berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live