Pesohor Madonna hadir dan menjadi salah seorang tetamu khas dalam Grammy Awards 2023 baru baru ini.

Selain ucapannya yang berbunyi ‘selebriti dengan sikap tak terpuji akhirnya akan kekal dalam industri’ menjadi perdebatan, rupanya penampilan penyanyi tersebut dalam majlis itu juga menarik perhatian warganet.

Warganet mengatakan hampir tidak mengenal Madonna kerana wajah asli pelantun lagu Evita itu langsung tidak kelihatan sama seperti sebelumnya sewaktu memperkenalkan Kim Petras dan Sam Smith untuk membuat persembahan lagu Unholy.

Tidak kurang juga yang mendakwa Madonna melakukan terlalu banyak pembedahan plastik pada wajahnya hanya untuk memastikan dia sentiasa kelihatan muda walaupun sudah berusia lebih 60 tahun.

Berang dengan dakwaan tersebut, Madonna membalas komen komen yang tidak disenanginya dengan mengatakan dia sekalilagi menjadi mangsa dan terperangkap dalam fasa peralihan usia.

Madonna malah dengan tidak segan menyalahkan angle atau posisi gambarnya dirakamkan sehingga tidak menampakkan wajahnya yang sebenar.

“Daripada memberi tumpuan terhadap ucapan saya, banyak pula yang lebih seronok bercakap tentang wajah saya.

“Foto yang dirakam jurugambar secara close up dengan menggunakan lensa panjang akan membuat wajah sesiapa juga menjadi distort (herot-benyot)!”tegasnya dalam kaspyen yang ditulis dalam Instagram seperti dilaporkan CNN.

Selain menyelar media selalu tidak bersikap adil kepadanya sejak awal pembabitan sehingga kini, pelantun Like A Prayer itu juga mengatakan ramai orang yang menafikan untuk meraikan wanita dengan usia 45 tahun dan ke atas.

“Sekali lagi saya terperangkap dalam sikap prejudis tidak mahu meraikan wanita dengan usia 45 tahun dan ke atas juga layak mempunyai kehidupan yang diinginkan.

“Mereka akan menghukum wanita seperti kami yang tidak berhenti bekerja keras dan selalu ingin maju,” tulisnya lagi.

Madonna kini berusia 64 tahun.