Laman Utama
Dikutuk Imam Muda Asyraf Suara Tak Sedap, PU Amin Balas: "Dasar Netizen!"
Tindakan PU Amin memuat naik sebuah video dirinya sedang menyanyi dengan salah seorang anggota kumpulan Senario, Azlee baru baru ini menarik perhatian banyak pengikutnya.
Menerusi video berdurasi sekitar 1 minit 30 saat itu, PU Amin menyanyi sewaktu pertandingan Gema Lawak Superstar yang disertai bersama Azlee dan seorang lain anggota lain, Wan Gegau.
"Santai geng. Insha Allah tahun depan boleh keluar single. Lepas ni nak request lagu apa pula ya?
"Paling penting dalam hidup kena buat amal baik, sebab budi baik yang kita buat akan dikenang sampai bila bila.
"Kalau dah mati pun nama kita akan disebut sebut hingga ke generasi akan datang. Harap tak batal puasa dengar nyanyian kami," tulis PU Amin.
Video itu kemudian mendapat pelbagai respons. Salah seorang yang ikut memberi komen kepada percubaan nyanyian PU Amin, adalah salah seorang sahabat yang juga pendakwah Imam Muda Asyraf.
Lucunya, komen yang ditinggalkan Imam Muda Asyraf boleh tahan 'makan dalam'.
"Jauh beza sedap suara Azlee dari hang," tulis Imam Muda Asyraf melawak dengan PU Amin.
Namun tidak mahu mengalah, PU Amin pun membalas dengan jawapan yang agak deep.
"Kau kerja memang menjatuhkan aku aja Cap, dasar netizen!," balasnya bersama emoji ketawa.
Saat ini, PU Amin bersama kumpulannya, Rembat sedang hangat bertanding dalam Gema Lawak Superstar yang telah bermula sejak 16 April lalu.
Program ini disiarkan setiap Jumaat sepanjang Ramadan jam 9.00 malam di Astro Warna.
Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun daripada Play Store atau App Store secara percuma.
Gema Lawak Superstar dihoskan oleh Kamal Adli dan PU Azman bersama-sama 2 juri tetap yang akan memberi markah kepada mereka setiap minggu iaitu Dato' Kazim Elias dan Datin Lisa Surihani bersama seorang juri jemputan.
Tiada penyingkiran, tetapi setiap minggu akan dipilih 1 kumpulan sebagai juara dengan membawa pulang RM10,000 dan tambahan RM5,000 untuk disumbang kepada badan kebajikan terpilih.
Must-Watch Video