Hiburan
Dilabel Sebagai 'Pelakon Penyondol Tua', Sharifah Sakinah Tampil Bersuara - “Dalam Cerita Ni Umur Saya 48 Tahun, Sebab Itu Kena...”
Pelakon, Sharifah Sakinah tampil bersuara selepas karakternya dalam drama Curang Tanpa Niat dilabel sebagai penyondol tua.
Watak berusia 48 tahun
Sakinah menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya menjelaskan, karakter yang dibawanya iaitu Astrid merupakan seorang wanita penggoda berusia 48 tahun.“Saya ini pelakon berkarakter, dalam cerita ini saya kenalah ada karakter, saya bukan penyondol yang biasa biasa macam Sofhia Albarakbah tu.
“Dalam cerita ini umur saya 48 tahun. Sebab itu mereka kena nampakkan saya tua. Korang faham ke tidak?” ujarnya tegas.
Memenuhi tuntutan karakter
Dalam video yang sama, Sakinah berkata sebagai seorang pelakon dia harus memenuhi tuntutan dan menjiwai karakter yang diberi termasuklah dari segi solekan.Terdahulu, seorang individu memberikan komen mengatakan watak Astrid tidak sesuai dibawakan oleh Sakinah kerana kelihatan berusia.“Kalau saya jadi pontianak betul betul saya hodohkan gigi saya macam gini. Ini kalau dah saya jadi macam ini, memanglah make up saya macam ini. “Selepas ini cerita saya jadi umur 18 tahun, koranh tengoklah muka saya 18 tahun. Muka saya ini bonus korang tahu tak. Dalam cerita ini saya 48 tahun,” katanya.
Jangan lupa saksikan Curang Tanpa Niat (The Office Wife), setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria (saluran 104).“Benci tengok, pelakon penyondol tua, tak kena dengan hero,” tulis individu itu.
Drama dengan 32 episod ini menampilkan gandingan hebat Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah,
Curang Tanpa Niat diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd.
Drama ini juga turut memaparkan lakonan Hasnul Rahmat, Fadhlan Hazim, Nafiez Zaidi, Zarina Anjoulie, Fauzi Nawawi, Shiela Mambo, Kaza Saisi, Evertt Gomes (Hero Remaja 2024), Aqza Aziz (Dewi Remaja 2024).
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Pejabat; Normalisasi Atau Ancaman Pada Rumah Tangga?
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Dengar Tajuk Pun Dah Takut, Boleh Ker Curang Tanpa Niat?" - Mira Filzah
ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Gantikan ‘Andai Tiada Dia’, Watak Mira Filzah Dengan Ummi Nazeera Ada Perbezaan - “Tahap Kesakitan Juga Berbeza”
ARTIKEL BERKAITAN:Mira Filzah Percaya Suami, Tiada Masalah Berlakon Drama Kecurangan - “Saya Sangat Bersyukur Kerana…”
Curang Tanpa Niat membawakan isu kecurangan, kehilangan, serta perjalanan seorang wanita dalam membina semula kehidupannya.Melalui kisah Elina yang dikhianati suaminya, penonton akan diingatkan tentang nilai kesetiaan dan ketabahan dalam hubungan perkahwinan.
Sinopsis
Sebuah drama keluarga yang penuh dengan konflik dalam kehidupan perkahwinan Eshaal (Shukri Yahaya) dan Elina (Mira Filzah) yang sebelumnya bahagia mula terbongkar.
Hubungan antara dua rakan sekerja, Eshaal dan Astrid (Sharifah Sakinah), pada awalnya membuatkan Astrid menganggap Eshaal hanya sebagai 'Suami Pejabat'.
Malangnya, mereka terjebak dalam hubungan intim yang terlarang.
Elina, seorang isteri yang setia dan penuh kasih sayang, sangat terluka dengan keputusan suaminya yang meninggalkannya dan anak-anak mereka untuk mengejar kebahagiaan dan kehidupan baru bersama Astrid.
Namun, perjalanan cinta Eshaal dan Astrid tidak seindah yang mereka bayangkan, kerana Astrid menyimpan banyak rahsia.
Must-Watch Video