HIBURAN
Diminta Buat Reviu Tak Jujur & Over Claim, Puteri Balqis Tempelak Pengeluar Produk Tempatan - “ Pengikut Saya Tak B*doh…”
Pelakon, Puteri Balqis meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pengeluar produk yang tidak jujur dalam mempromosikan barangan mereka kepada pembeli terutamanya mereka yang terlibat dalam penjualan produk kecantikan seperti alat solek dan penjagaan kulit.
Menurut Balqis, dia tidak boleh menipu sekiranya sesuatu produk itu tidak bagus kerana pembeli bijak dalam membuat penilaian tersendiri.
“Untuk local produk, kalau barang anda RM50 buat cara RM50, kalau RM30 buat cara RM30 sebab pengikut saya ni mereka tak b*doh. Mereka pun cuba banyak produk dan mereka pun tahu macam mana kualiti produk itu.
“Sebab penat tau bila korang over claim, produk anda tak bagus tapi over claim. Bila ada moisturizer yang tak glow, korang selagi mahu nak buat glow-glow. Jujur sahaja dengan kualiti produk korang tak perlu nak over claim, sebab orang tak b*doh,” katanya.
Pelakon filem KL Special Force itu turut memberi amaran kepada pengeluar produk untuk tidak menggunakan nama ibunya untuk mempromosikan barangan keluaran mereka.
Pada masa sama, Balqis turut memberitahu bahawa dia dan pasukan akan memberikan komitmen penuh dalam menghasilkan sesebuah video ulasan yang berkualit.
Oleh itu, dia berharap pengeluar jujur dengan setiap produk yang ingin diberikannya baginya membuat ulasan.
“Kalau korang rasa produk korang tak bagus, jangan bagi kita review jujur sebab nanti yang part jujur korang cut. Dan bila korang bagi brief, tolong jangan guna mak saya sebab dia tak suka dan tak pakai produk korang.
“Bila korang bagi produk dekat kitaorang pastikan korang bagi produk yang real, kitaorang penat dah tiga hari tak tidur. Saya bukan influencer yang pacak kamera dalam kereta dan terus bagi review, kami akan cuba, kami akan booked restoran dan banglo untuk shoot.
“Nak kami review jujur boleh tapi percayalah dua minit itu semua mencarut sebab sampah,” katanya.
Must-Watch Video