Minuman 'bubble tea' jenama Xing Fu Tang yang menjadi kegilaan ramai penduduk di Malaysia akhirnya telah perakui halal.
Walaubagaimanapun, sijil halal berkenaan bukanlah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaliknya daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI).
Perkara itu diumumkan syarikat minuman tersebut menerusi entri di Facebook rasmi mereka, semalam.
"Kami ingin memaklumkan bahawa Xing Fu Tang telah diiktiraf Halal oleh MUI. Pengiktirafan ini memastikan produk kami mematuhi piawaian dan peraturan halal ditetapkan oleh MUI.
"Kami juga dalam proses akhir untuk mendapatkan sijil JAKIM," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, sijil halal daripada MUI adalah antara badan Halal yang diterima oleh JAKIM.
Perkara ini sekali gus membuktikan bahan yang digunakan selama ini mematuhi syariah.
“Majelis Ulama Indonesia adalah salah satu Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Sila layari Portal Halal Malaysia untuk maklumat lanjut,” katanya.
Diharapkan, penjelasan daripada Xing Fu Tang ini bakal mengurangkan perasaan syak dan ragu-ragu buat pengguna beragama Islam.
Terdahulu status halal Xing Fu Tang tular di Facebook apabila sesetengah netizen mempersoalkan jenis bahan yang digunakan selain meminta sijil halal daripada JAKIM.
Perkara itu sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai khususnya mereka yang telah menikmati minuman terbabit.
BACA: Netizen Persoal Status Halal Dua Jenama Bubble Tea Kegilaan Ramai
Hanafis Haris
Mon Jul 22 2019

_1.png?ext=.png)
#FOODIESLIFE: Minum Kopi Bercampur Arang? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu…
Jangan berani-berani cuba

Pelancong China Buat Hal, Gondola Terbalik Sebab Sibuk Selfie
Kejadian berlaku di Venice, Itali.

Taylor Swift Dinobat Person Of The Year 2023, Kalahkan Vladimir Putin
Person of The Year 2023 versi majalah berprestij, Time.

Lelaki Dikecam Enggan Alihkan Beg Yang Diletakkan Di Tempat Duduk Kosong Dalam LRT
Siap buka kasut lagi

Melly Goeslaw Hidupkan Allahyarham Nike Ardilla, Bukan Hanya Nyanyi Siap Ada Video Klip
Nike Ardilla dihidupkan dengan bantuan teknologi AI

Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”
Bagusnya Ryzal dan Maryam ni.

Selena Gomez Bercinta Dengan Rakan Justin Bieber
Pusing-pusing ke situ juga
GELAK 90 Saat Bonus (8) - Melayu Cerdik Kuala Kangsar
Melayu Cerdik Kuala Kangsar.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat Bonus (7) - Bahagia itu sederhana gais
Bahagia itu sederhana gais. Main benda simple pun dah happy.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat (7) - Kecik cari finalis Gelak 90 Saat
Kecik cari finalis Gelak 90 Saat.