Hiburan

Dipuji Cara Co-Parenting Dengan Bekas Isteri, Sharnaaz - "Mudah Di Mata Orang Luar, Tapi..."

gempak
Firdaus
06/02/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Dipuji Cara Co-Parenting Dengan Bekas Isteri, Sharnaaz - "Mudah Di Mata Orang Luar, Tapi..."
Kisah rumah tangga selebriti dan perebutan anak hingga mengheret ke mahkamah syariah menjadi tumpuan warganet.
Hal itu secara tidak langsung menerima tempias kepada kisah co-parenting pasangan Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila yang bersepakat membesarkan anak tunggal mereka Jebat Jayden meskipun sudah bercerai.

BERITA TRENDING: "Kau Tak Pernah Jaga Dia, Tinggal Pergi Dating"- Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Sebabkan Trauma Musa

"Tiada siapa boleh lawan cara jaga anak Sharnaaz dan Nabila," tulis individu itu.
Bagaimanapun, entri itu meraih perhatian Sharnaaz di mana dirinya mengakui terdapat pasang surut dalam usaha membesarkan anak.
"Tak selamanya sunshine, mesti ada pasang surut. Doakan ianya berterusan, mudah dimata orang luar, tapi hakikatnya bukan mudah awak," tulis Sharnaaz.
Untuk rekod Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024