gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Siti Saleha - “Selepas Ini Saya Akan…”
HIBURAN
Anthrax, AC/DC  Sifatkan Ozzy Osbourne Ciptaan Terindah: “Ozzy Forever”
HIBURAN
"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dipuji Sebagai ‘Family Man’, Hisyam Hamid Yakin Pujian Fazura Tiada Maksud Tersembunyi - “Mungkin Sebab Dia Tengok…”

Umirah Halim
Umirah Halim
23/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Dipuji Sebagai ‘Family Man’, Hisyam Hamid Yakin Pujian Fazura Tiada Maksud Tersembunyi - “Mungkin Sebab Dia Tengok…”
Pelakon Hisyam Hamid tidak menyangka apabila menerima pujian daripada aktres Fazura yang menyifatkannya sebagai seorang family man ketika bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menurut Hisyam, dia percaya Fazura hanya bercakap berdasarkan pengalaman mereka pernah berlakon bersama, selain mungkin pernah melihat sendiri cara dia melayan anak-anak.
“Saya tengok video siaran langsung itu, dia (Fazura) cerita pun secara umum dan kebetulan kami pernah berlakon sama.
“Mungkin sebab dia tengok cara saya layan anak-anak menyebabkan dia puji daripada sudut itu. Saya tidak rasa dia ada niat lain, kadang-kadang peminat jadi teruja dengan perkongsian tersebut.
“Bagi saya tiada isu pun kalau nak puji sesiapa, lebih-lebih lagi kebaikan yang dibuat sebagai seorang ayah atau ibu,” katanya ketika ditemui di majlis malam gala filem Memori di GSC Mid Valley pada malam Selasa.
Menariknya, Hisyam turut mendedahkan anak-anaknya turut memberikan reaksi tersendiri apabila melihat ayah mereka digosipkan dengan aktres wanita lain.
“Ada sekali tu bila dah dikenenkan dengan seorang artis, saya tidak mahulah sebut siapa. Anak saya DM hantar link artikel dan cakap ‘ayah… run!’.
“Anak lelaki saya pun ada kata saya tak perlu kahwin kerana sudah ada segalanya,” katanya sambil ketawa.
Tambah Hisyam, dia tidak menolak kemungkinan status sebagai bapa tunggal menjadi punca namanya sering dikaitkan dengan selebriti wanita lain.
“Saya rasa isu ‘dikenenkan’ (digosipkan) ini sebab kami sama-sama ibu dan bapa tunggal. Sebelum ni tak ada pun.
“Tapi kalau boleh saya memang nak elak daripada sebarang kontroversi,” ujarnya.

Nak jadi contoh untuk anak-anak

Mengakhiri kenyataannya, Hisyam yang kini berusia 40 tahun menegaskan bahawa dia sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan dalam kehidupan, apatah lagi dua orang anaknya kini sedang melalui fasa remaja.
“Daripada dulu siapa yang kenal saya tahu keluarga adalah keutamaan. Kalau saya tiada kontroversi, bukan sebab saya baik sangat, tapi saya mahu jadi contoh terbaik buat anak-anak.
“Mereka dah besar, dah ada kawan-kawan sendiri yang kenal siapa saya. Jadi kesihatan mental mereka sangat penting untuk saya jaga,” jelasnya.
Fazura sebelum ini menyatakan Hisyam sebagai lelaki baik dan mementingkan keluarga, selain menyenangkan untuk bekerja bersama ketika penggambaran filem Dendam Pontianak.
Untuk rekod, Hisyam bercerai dengan Rosmawati Hanafi pada Mei 2024 selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 18, dan Haydeen, 16.
Topic Berkaitan
#Fazura
#Hamid
#hisyam
#family men
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement