BERITA
Disangka Hamil, Ini Jawapan Isteri Hafidz Roshdi
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri disangka hamil selepas sekeping fotonya bersama Hafidz yang memegang perutnya mendapat perhatian netizen.
Gara-gara foto tersebut, rata-rata peminat Hafidz telah mengucapkan tahniah kepadanya kerana menyangka Shuhada sedang hamil.
Foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagram (IG) Hafidz.
Namun, Shuhada tidak mendiamkan diri dan terus membalas komen peminat yang telah salah sangka.
Jelas Nurul, ketika foto terbabit diambil, dia sedang membetulkan bajunya.


Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Humairah , 2.
Must-Watch Video