VIRAL
Disangka Maut Kemalangan, Wartawan M*ti Dibun*h Kekasih Tentera Laut
Kematian seorang wartawan wanita dari Banjarbaru, Kalimantan Selatan yang disangka kerana kemalangan bertukar menjadi kes jenayah selepas siasatan lebih terperinci dilakukan.
Juwita, 23, disahkan meninggal dunia kerana dibunuh kekasihnya yang merupakan seorang tentera laut Indonesia.
Maklumat itu didapatkan selepas rakan wartawan yang menziarahi jenazah Juwita berasa janggal dengan kecederaan yang dialami mangsa.
Rakannya berpendapat Juwita bukan mati kerana kemalangan atau dirompak sebaliknya berkaitan jenayah selepas mendapati kesan cedera dan luka termasuk pada bahagian kepala dan lebam bawah mata yang tidak selari dengan fakta kes.
Selain itu, polis tidak menemui dompet dan telefon bimbit berada di mayat Juwita yang ditemui di sebuah jalan, lapor Detik.com.
Selepas diselidik, polis menemui bukti percakapan Juwita dengan suspek yang juga kekasihnya di dalam sebuah laptop. Antara isi percakapannya adalah arahan suspek yang mahu melakukan pertemuan dengan mangsa ke sebuah lokasi.
Suspek yang sudah empat tahun berkhidmat sebagai tentera laut kemudian berjaya ditahan. Bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan.
Must-Watch Video