Seramai 20 individu yang terbabit dalam insiden bot terbalik di persiriran Pulau Malapascua berhampiran Cebu, Filipina berjaya diselamatkan gara-gara bantuan sebuah telefon pintar.

Menurut laporan The Inquirer, insiden malang itu berlaku pada 8 Julai lalu membabitkan 16 warga asing dan empat rakyat Filipina apabila bot mereka secara tiba-tiba terbalik.

Kesemua mangsa walaubagaimanapun terselamat apabila seorang daripada mangsa mendapati telefon pintarnya masih berfungsi walaupun telah dimasuki air.

Menurut individu dikenali sebagai Jim Emdee, berfungsi dia kemudian terus menghantar mesej kecemasan berserta lokasi kedudukan mereka menggunakan sistem pengesanan global (GPS).

"Hanya Samsung Galaxy S8 saya saja yang boleh digunakan ketika itu.

"Malah, bateri telefon ini juga berjaya bertahan sehingga kami diselamatkan. Terima kasih kerana menyertakan fungsi ini dan ia amat bermakna," katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa berjaya diselamatkan selepas 30 minit isyarat kecemasan diterima oleh pihak berkuasa tempatan.

Pada anda yang tidak tahu bagaimana fungsi kecemasan atau SOS ini berfungsi, anda boleh lihatnya di bawah.



Pengguna boleh menekan butang kuasa tiga kali dengan cepat untuk menghantar mesej SOS kepada kenalan kecemasan yang ditetapkan.

Pengguna juga dinasihatkan sentiasa menghidupkan pengesan GPS ketika berada di kawasan terpencil.

Bagi anda yang mahu membeli telefon pintar baru, carilah yang mempunyai fungsi IP67 atau IP68.

Kedua-dua fungsi ini mampu menghalang debu dan air daripada memasuki ke bahagian dalam peranti.